Sunday, July 31, 2016

Salam Syawal

Assalamua'laikum

Salam Syawal 1437H
Masih belum terlambat untuk aku ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin: D

So, tahun ni... giliran beraya di kampung aku plak. Ehhh? ahahahaha. memang tiap2 tahun beraya di satu kampung ja. 

Nasib lerrr mama & bapa dari kampung yang sama. Xda lah drama berebut nak balik kampung siapa XD 

Entri ni aku nak share gambar raya tahun ni. Alhamdulillah, raya tahun ni biarpun x semeriah raya dulu-dulu... tapi ukhuwah di antara keluarga semakin erat terjalin. xda yang lebih menggembirakan selain itu: ')

raya kedua baru kami sekeluarga dapat gambar sama2. jubah plain ni tahun lepas dah aku beli, x sangka plak jadi baju raya kedua tahun ni. siapa nak jubah plain ni, blh contact sy: D


RAYA PERTAMA:

Memang dah rutin tiap tahun, raya pertama family sebelah my mom akan berkumpul untuk ziarah kubur secara berjemaah... so, tahun ni ada kelainan sikit. sebelum ke kubur, kami buat majlis khatam Quran then sedekah surah Yasin buat mereka yang telah pergi.

lepas tu, sesi fotografi plak 




RAYA KEDUA:

Kami berkumpul di rumah sepupu aku sebelah bapa plak. Idok lerrr semua berkumpul, yang balik kampung je. 

Ada kenduri kecil-kecilan. Abis tahlil, zikir, doa, makan... sesi fotografi plak XD

kami 3 beradik, muka memang x sama 



RAYA KETIGA:

Beraya ke rumah sepupu sebelah bapa pulak, tapi gambar ramai-ramai xda: '(

otw

ada cerita di sebalik baju aku yg cantik tu XD



bapa ngan adik lelaki aku jenis yang x suka bergambar, jd sikit je la gambar yang ada muka dorg 




pssst, ada promosi jubah plain Abaya Maria buy 3 free 1. boleh singgah di ig: @jubahplain 




Monday, July 4, 2016

Lebih Baik Tersalah Ampun








Assalamua'laikum...

Semalam, kat masjid solat terawih 8 rakaat je :D Selalunya 23 rakaat. Lepas tu, ada program pertandingan baca al-Fatihah. Ada 3 kategori; (1) Golongan ibu (2) Kanak-kanak tahap satu (3) Kanak-kanak tahap dua.

Memula turn golongan ibu memasing tunjuk bakat taranum. Aku memang tabik la dengan depa, taranum memang power biarpun banyak sumbang XD sumbang-sumbang pun, depa berani nak try. Berbanding dengan aku, tajwid pun tunggang langgang. Nak alun berlagu lagilah ke laut. Nama je budak Pengajian Islam... alahai
Aku just nak share tentang peserta golongan ibu, sebab ada citer masam-masam manis :D

Maka tersebutlah kisahhh...
toyyibbb...
Ada sorang peserta ni (makcik), aku x ingat dah peserta yang ke berapa, tapi mungkin sebab terlalu ketar, gemuruh... lepas baca ayat pertama surah Al-Fatihah terus lompat pi ayat ke-3.



Dah memang bergema lerrr satu kawasan masjid dengan ketawa para penonton. Aku senyum lebar je, x boleh ketawa lebih-lebih. kang kena karma plak dah. kesian tengok makcik tu, malu siot. tapi tak lama, makcik ni jenis yang cool. dia pi ulang balik baca surah Al-Fatihah dari ayat pertama. alhamdulillah, percubaan kali kedua makcik ni pass. 

Lucu memanglah lucu,  tapi bila difikir balik... x baik juga ketawakan makcik tu sampai bergema suara kat kawasan masjid. Kita sebaiknya support lagi makcik tu supaya kurang gemuruh.

Macam tu jugalah bila orang terdekat kita buat salah, kita sebaiknya tolong dia perbaiki kesalahan yang dibuat. Bukan terus menghukum, menjauhkan diri. Biarkan dia terkapai-kapai tanggung kesalahan sorang-sorang. 

Contohnya ada sorang kawan rapat kita terjebak dengan kancah zina, kita sebagai kawan ambik peranan sebagai pembimbing untuk membawa dia kembali ke pangkal jalan. Kalau kita x mampu, kita cari seseorang yang mempunyai pengetahuan agama, yang kita percaya boleh membawa dia ke jalan yang benar. Tanpa pembimbing, susah untuk seorang pendosa memperbaiki diri untuk menjadi seorang insan baru... Sedangkan kita kalau nak belajar sesuatu madah (subjek) pun, kita perlukan guru, pembimbing.

So, point kat sini... ermmm... sebab dah melalut banyak, jadi amik masa nak fikir point XD

So, point nya, kita ampunkan sahaja mereka dan jangan tinggalkan mereka. Bagi support suppaya mereka lebih bersemangat untuk berubah. Sebab, xde sorang manusia pun yang sempurna di dunia ni kecuali Rasulullah SAW... 

LEBIH BAIK TERSALAH AMPUN DARI TERSILAP HUKUM

Tersilap hukum, buruk padahnya...





 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb