Assalamua'laikum
Bila kita sedar hakikat kita hidup tak lama, kita akan sentiasa ingat akan kematian. Bila kita sedar hakikat kita hidup tak lama, kita akan sentiasa ingat akan kematian yang boleh menyapa pada bila-bila masa.
Kita akan sentiasa berwaspada untuk tidak melakukan dosa kerana bimbang kalau-kalau maut menerjah dalam keadaan sedang melakukan dosa.
Saat melihat wajah bengis malaikat maut yang datang merentap nyawa kita, segala kenikmatan dunia yang kita kecapi berpuluh tahun lamanya hilang dalam sekelip mata.
Waktu tu dah terlambat untuk bertaubat dan menghitung kembali kebaikan yang pernah kita lakukan untuk dijadikan bekal di alam barzakh.
Kita akan kembali pada Allah dengan sarat muatan dosa terpikul di pundak kita. Yang akhirnya mencampakkan kita ke dalam api neraka seburuk-buruk tempat kembali. Buat selama-lamanya.
Sebab tu kita kena sentiasa berhajat akan rahmat dan keampunan dari Allah. Doa sungguh-sungguh agar mati dalam khusnul khatimah.
Moga dengannya Allah ampunkan dosa-dosa yang pernah kita lakukan dan beri rahmat seluas langit dan bumi. Seterusnya tempatkan kita bersama orang-orang yang soleh di dunia dan di akhirat... yang boleh menyapa pada bila-bila masa.
Sentiasa sedar bila2 masa ja nyawa Akan ditarik
ReplyDeletebtl tu
Deletemasa tu menyesal pon tak guna... :'( semoga kita semua mati dalam iman..
ReplyDeletesesal kemudian tiada guna
DeleteSemoga kita diberikan kesempatan untuk bertaubat dan melakukan kebaikn untuk bekalan kita nanti.
ReplyDeleteامين يا رب
Delete