Wednesday, June 15, 2016

Buka Mata Buka Hati

Assalamua'laikum


Bila kita sedar hakikat kita hidup tak lama, kita akan sentiasa ingat akan kematian. Bila kita sedar hakikat kita hidup tak lama, kita akan sentiasa ingat akan kematian yang boleh menyapa pada bila-bila masa. 

Kita akan sentiasa berwaspada untuk tidak melakukan dosa kerana bimbang kalau-kalau maut menerjah dalam keadaan sedang melakukan dosa.

Saat melihat wajah bengis malaikat maut yang datang merentap nyawa kita, segala kenikmatan dunia yang kita kecapi berpuluh tahun lamanya hilang dalam sekelip mata.

Waktu tu dah terlambat untuk bertaubat dan menghitung kembali kebaikan yang pernah kita lakukan untuk dijadikan bekal di alam barzakh.

Kita akan kembali pada Allah dengan sarat muatan dosa terpikul di pundak kita. Yang akhirnya mencampakkan kita ke dalam api neraka seburuk-buruk tempat kembali. Buat selama-lamanya.

Sebab tu kita kena sentiasa berhajat akan rahmat dan keampunan dari Allah. Doa sungguh-sungguh agar mati dalam khusnul khatimah.

Moga dengannya Allah ampunkan dosa-dosa yang pernah kita lakukan dan beri rahmat seluas langit dan bumi. Seterusnya tempatkan kita bersama orang-orang yang soleh di dunia dan di akhirat... yang boleh menyapa pada bila-bila masa. 





Friday, June 3, 2016

Pantai Merdeka, Kedah

Assalamua'laikum...

#throwback 

Niat di hati nak teman Ecah pi Maybank kat Sungai Petani je... Alih2 lajak pi Pantai Merdeka. Si driver pun layan je

depa panggil "Ais Sagat Gunung Jerai". Harga dlm RM5-RM10... banyak pilihan, boleh share 3 orang: )


Ramai yang sanggup ke Pantai Merdeka hanya kerana mengidam ABC yg besaq laghu ni. Dah mai Pantai Merdeka ni, jangan lupa singgah di Pulau Sayak pekena mee udang yg segar2. Dari Pantai Merdeka, korang boleh naik bot ke Tanjung Dawai. Dari Tanjung Dawai juga boleh naik bot ke Pantai Merdeka. Ikut korang lerrr...

Dan, boleh singgah pi monumen Tsunami kat Kuala Muda 



 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb