Saturday, January 30, 2016

Imam Muda Najdi Dah Nikah!!!

Assalamua'laikum

Semenjak dua menjak ni aku jarang buka insta. Dah nak tido semalam baru nak tergedik gedik buka insta. And...


























alahaiii, tipu kalau hati x kecewa :'(

Alhamdulillah, tahniah IM Wan Najdi & Dr Norazreen. May Allah bless your marriage with barakah happiness rezq & wonderful moments!!!





Boleh singgah di ig IM Najdi kalau nak tengok gambar yang lain. Aku letak satu gambar je. MatLutfi pun dah nikah. Hangpa kat luaq sana jangan kecewa naaa. 




Friday, January 29, 2016

Doa

Assalamua'laikum


Doa seseorang itu BOLEH sahaja dimaqbulkan oleh Allah swt dalam bentuk yang TIDAK disukainya, contohnya berdoa agar hati lebih tenang dan khusyu' solat, lalu Allah swt rugikan bisnesnya sehingga bankrup kerana tidak disedari bisnesnya itulah penghalang hati tenang dan khusyu', tanpanya (atau dengan bisnes lain yang lebih baik) apa yang dipohonnya boleh diperolehi.

Begitulah seterusnya, sebahagian musibah dan bala yang datang adalah untuk memaqbulkan doa kita sendiri. 

Justeru sama-sama kita usaha bersabar dan tidak cepat putus asa, terlalu bersedih dengan apa yang hilang atau melenting membenci taqdir. Carilah positif darinya nescaya hidup lebih tenang. Itulah sifat Mukmin sejati sabdaan Nabi salla allahu alaihi wasallam:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Ertinya : Ajaib urusan orang mukmin itu, apa yang berlaku semua baginya kebaikan, tiada seorang kecuali mukmin yang apabila ditimpa kebaikan lalu bersyukur maka kebaikan baginya, apabila ditimpa keburukan maka bersabar, maka kebaikan baginya juga ( Hadis sohih Muslim)


Tuesday, January 19, 2016

Abaya Bawah RM100


Assalamua'laikum
























ABAYA MARIA

بسم الله الرحمن الرحيم
-basic plain Abaya Maria
-Material: heavy peach koshibo
-wudhu & nursing friendly
-saiz dari S-M-L-XL-XXL

Price: RM85 sm, RM90 ss

visit ig: jubahplain

Whatsapp: 0198934755 / 0198020499
Telegram: 0198934755

#jubahabayamurah
#abayamaria
#jubahwudhuandnursingfriendly
#sayajualmurah
#sayajualbawahrm100




Friday, January 15, 2016

Allah rinduuu...

Assalamua'laikum


Kau ada kisah silam yang hitam.

Kisah silam yang buat kau takut untuk pandang hari esok.

Lalu kau ceritakan pada seorang sahabat yang kau sangat-sangat percaya.

Dengan harapan kau dapat sedikit kekuatan.

Namun tiba-tiba,

Kau dapat tau yang sahabat kau tu dah sebarkan aib kau kat semua orang.

Depan kau berbuih dengan kata-kata nasihat. Tapi belakang kau macam puaka.

Apa kau rasa?

Marah?

Sedih?

Kecewa?

Bengang?

Sahabat yang disangkakan permata rupa-rupanya kaca yang menghiris.

Terguris habis.

Tak ada siapa pun dalam dunia ni suka bila aib dia tersebar.

Sebab tu Allah tak bagi kau buka aib kau kat orang.

Sebab tu Allah nak kau merintih merayu ceritakan segala kelemahan kau hanya pada Dia!

Sebab tak ada siapa pun dalam dunia ni yang lebih memahami kau selain Dia!

Kembalilah pada Allah. 

Kita semua manusia.

Kita semua lemah.

Kita semua perlukan Allah.


Untuk terus kuat, bingkas bangun dalam dunia yang penuh tipu daya ini!  





 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb