Friday, May 23, 2014

Antara Yang Dilarang Nabi S.A.W

Assalamua'laikum


Salam Jumaat :)

  • KELUAR DARI MASJID selepas azan, kecuali setelah selesai solat wajib (hukumnya makruh).
  • SOLAT SUNAT setelah iqamat sudah dilaungkan (hukumnya makruh).
  • LALU DI HADAPAN orang yang sedang solat.
  • MENUNJUK SENJATA kepada orang lain dengan senjata sama ada secara bergurau atau bersungguh-sungguh. Dikhuatiri... "syaitan melonggarkan pegangannya lalu menyebabkan dia berada di lubang neraka," kata Nabi s.a.w.
  • MEMINANG POMPUAN yang sudah dipinang orang lain.
  • SORANG POMPUAN memberi syarat agar madunya diceraikan.
  • MENJUAL BARANG kepada seseorang yang sedang berurusan hendak menjual barang yang sama kepada orang yang sama (berniat merosakkan jualan orang lain).
  • MENAIKKAN HARGA sedangkan sebelum ini satu harga sudah dipersetujui bersama.
  • MEMBELI BARANGAN yang masih dalam perjalanan ke pasar (belilah setelah ia dibawa ke dalam pasar).
  • ORANG BANDAR menjadi orang tengah bagi menjual barangan orang kampung.
  • POMPUAN BERKABUNG atas kematian seseorang lebih dari 3 hari (kecuali kematian suami, boleh berkabung selama 4 bulan 10 hari).
  • MEMBUANG AIR KECIL dalam air yang tidak mengalir.
  • DUDUK di atas kubur.


Wallahua'lam...







^_^





Tuesday, May 20, 2014

Cinta Perisa Dia

Assalamua'laikum

Kalau cinta ini asid,
Larutlah aku merinduimu...

Kalau cinta itu teruja
Jantung yang berdegup kian kuat ritmanya.
Kalau cinta itu amarah,
Maka jangan kau adili aku pada saat itu.
Kalau cinta itu pesona,
Mampukah kau setia hingga ke akhir waktu?
Kalau cinta itu lagu,
Maka nota muziknya tertulis cantik dan merdu.
Kalau cinta itu keliru,
Maka sesatlah aku mencari kasihmu.

Kalau cinta itu harapan,
Janganlah hilang sebelum nyata.
Kalau cinta itu hadiah,
Mengapa kau mengambil semula setelah memberi?
Kalau cinta itu usaha,
Pasti markahku cemerlang dan boleh dibanggakan!
Kalau cinta itu pilihan,
Antara a, b, c dan d... mengapa kau memilih e?
Kalau cinta itu malapetaka,
Gempa bumi ini bilakah akan berhenti?


Yang penting, cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit.

#CopyPaste #CintaPerisaDia #LynnDayana

Aku bagi 10/10. Best sangat!

Penulis: LYNN DAYANA 
Harga: RM21 sm, RM24 ss

psttt: Kepada yang pinjam novel ni, tolong kembalikan. Dah masuk setahun pinjam, takkan tak habis baca lagi? 






^_^





 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb