Sunday, April 9, 2017

Semusim Rindu, Kisah Kehidupan Seorang Anak Yatim Yang Dibuang Saudara Sendiri

Assalamua'laikum


"Selagi rindu mengusik kalbu, kutahu kau dambakan diriku" 😘

Semusim Rindu, 'baby pertama' yang dihasilkan oleh novelis Aleya Aneesa πŸ“–. Aku baca novel ni tak silap aku time form 1. Gila best weyh jalan cerita novel ni 😱. Cerita tentang kehidupan seorang anak yatim yang dibuang oleh saudara sendiri.

Macam-macam perisa ada bila baca novel ni. Ada yang manis, masam, pahit, tawar. Alahhh, biasalah ragam kehidupan kan πŸ˜‰. Macam kehidupan kita juga. Janganlah kau nak temberang kononnya kehidupan kau satu perisa ja 😝. Asyik-asyik yang manis ja. Asyik-asyik yang pahit ja. 

Ini kisah tentang Hajar Adira, seorang anak yatim piatu yang dibuang dan disisihkan oleh Mak Longnya yang kejam gila macam mama si Bawang Merah 😠. Yang lagi sadis, harta Hajar Adira ni pun Mak Long kebas πŸ‘©. Heiheihei Mak Long, cer Mak Long tanya dengan Encik Google tak pun dengan ostat ostajah apa hukumnya mengambil dan menggunapakai harta anak yatim tanpa pengetahuan dan keizinan anak yatim tu. Aku yang baca ni pun rasa nak cekik-cekik ja Mak Long tu. Grrr

Ikhman pun satu, ego tak bertempat πŸ‘¨. Kerana membiarkan diri dikuasai ego, haaa hambik kau! 😭Melalak melolong hidup tak tentu arah mencari bini yang membawa diri ke negara Maiko ( kalau baca blog En Adam, korang tahu la siapa Maiko & di mana negaranya ) πŸŒ„ Sorry En Adam, saya sangkutkan nama Maiko kat sini.

Pertemuan pertama Ikhman dengan Hajar Adira ni tak seindah yang disangkakan. Time tu Hajar terpaksa ganti kawannya bekerja tak silap aku sebagai pelayan di sebuah restoran. Pakaian pula baju sendat dan skirt pendek. Ikhman ni dicabar oleh kawan-kawannya untuk pegang tangan Hajar. Disebabkan terkujat dan merasakan perlakuan Ikhman melampau & biadap, automatik Hajar bagi makan tamparan wanita dia ngam-ngam di pipi Ikhman πŸ‘‹. Ikhman ni rasa terhina dan sentiasa cari peluang untuk balas dendam. 

Tanpa disangka, sepupu Ikhman si Azim pun jatuh minat dengan si Hajar ni πŸ‘¨❤. Bila dah selalu intai si Hajar ni, eh eh terjatuh cinta pulak si Ikhman πŸ’—. Ikhman ni dah runsing camna cara supaya dapat bernikah dengan Hajar. Last2 berjodoh juga mereka πŸ’‘. Kebahagian perkahwinan Hajar & Ikhman dilanda ombak badai πŸ’”. Biasalah, "kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari". Si Ikhman dengan his mom termakan juga akhirnya hasutan si Mak Long ni πŸ‘Ώ. Memacam difitnahnya si Hajar ni, sampaikan si Hajar dihukum gantung tak bertali! Bukan hanya Ikhman & his mom ja yang percaya fitnah tu, tapi ayah Hajar sendiri percaya bulat-bulat fitnah yang dilemparkan kepada Hajar πŸ‘΄. Bila dah takda sorang pun yang percaya pada dirinya, takda yang nak dengar luahannya, untuk apa lagi Hajar berada dekat dengan mereka πŸ‘ΈπŸƒ? Lebih baik membawa diri merawat hati yang dah hancur berderai... Sebelum Hajar pergi, dia ada pesan "bila kebenaran dah terbongkar, jangan cari dia!" U see, macam tu lah pengakhirannya bila hati yang sado dah bertukar menjadi hati tisu πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜πŸ’”πŸ’”πŸ’”.

Kenapa Mak Long benci sangat dengan Hajar Adira?
Apakah kesudahan mahligai cinta Ikhman dan Hajar? πŸ‘«
Ke manakah Hajar Adira membawa diri? 😒

Kalau nak tahu, bacalah novel SEMUSIM RINDU ni πŸ“–πŸ˜‰. Ohhh ya, novel ni juga bakal diadaptasi ke drama 😱. Aku tak sabar nak tengok, sebab novel ni novel lama dan jalan cerita pun menarik. Bila baca dalam novel, banyak sangat pengajaran yang terselit. Lagi satu, kalau novel terbitan Alaf21, kat belakang tu mesti ada apa-apa info yang menarik yang berkait tentang isi dalam novel tu. Macam novel Semusim Rindu ni, tak silap aku ada info tentang harta anak yatim di muka surat belakang 😏. 

Ni pula sinopsis di belakang novel:

Di sebalik senyumannya ☺, ada tangisan yang panjang 😒. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah πŸ’ŠπŸ’”. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada ❌. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...

Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta πŸ’˜! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...

Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut untuk dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri πŸƒ. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga 🌷, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Adakah Ikhman tahu maksudnya?

Novel ni aku bagi 10/10, best sangat-sangat! 

Hajar Adira yang didera oleh Mak Long time kocik 😑

Penulis: Aleya Aneesa
Harga: RM18
460 muka surat

Sejak menjak novel Semusim Rindu ni akan diadaptasi ke drama, rajinlah aku godek-godek FB novelist Aleya Aneesa ni. Ada satu video tu tunjuk camna Mak Long belasah si Hajar time kocik-kocik dulu πŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘Š. Panas hati weyh kalau tengok, real giler!

Bila dah baby pertama ni best, aku yakin & percaya yang baby kedua juga pasti lebih best. Baby kedua juga dah berjaya kubaca & milikinya, tapi sayangnya kerana baby pertama hancus ditelan anai-anai dan baby kedua pula hilang dirampok si peminjam. Cis!!!




Saturday, April 8, 2017

CLEARANCE: Plain Koshibo Aisha RM55

Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ…

Assalamua'laikum

🌷 Abaya Aisha clearance till clear! Tampil menarik & elegant dengan ABAYA AISYA 😘

- Material: heavy peach koshibo
- wudhu & nursing friendly ( zip sorok di tangan & dada)
✔lembut
✔jatuh beralun
✔x panas
✔mudah gosok
✔susah kedut

*warna sedikit berbeza atas faktor pencahayaan

available:  size S (5) M (3) L (3)

Sold Out!

available:  size S (3) & M (1)

available:  size S (6) & M (1)

available:  size M (2) L (6) XL (6) XXL (2) 

available:  size M (10) & XXL (2)



Order now!

πŸ’° Normal Price: RM85 sm, RM90 ss
πŸ’° NOW: RM55 sm, RM60 ss

Free Postage! 

Boleh godek-godek jubah di ➡ jubahplain


πŸ“± Whatsapp / Telegram: 0198934755

#jubahplainmurah
#abayaaisya
#basicplainabayaaisya
#jubahplainwudhuandnursingfriendly
#sayajualmurah
 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb