Friday, August 12, 2016

Kehidupan Manusia

KEHIDUPAN MANUSIA TAK UBAH SEPERTI SIFIR 7 YG AKAN BERHENTI DI TANGGA SEMBILAN

Kita, kehidupan kita & umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? Jom renungkan.

*7 x 1= 7*
Ketika umur di sifir 7x1,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal  dosa pahala. Kita belum fikir tentang masa depan.

*7 x 2 = 14*
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

*7 x 3 = 21*
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

*7 x 4 = 28*
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. 

*7 x 5 = 35*
Tahap penting untuk membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

*7 x 6 = 42*
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini. Bahawa usia semakin mningkat. Ini bukan lagi masa untuk berehat. Saat ini saat yang genting. Kita berlumba mengumpul harta. 

*7 x 7 = 49*
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

*7 x 8 = 56*
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi. 

*7 x 9 = 63*
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad saw. Banyak yang berakhir di usia ini. Jika ada pun yg sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus. 

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

*Ingat!!! Berapa ramai pula yang tak lepas banyak sifir 7. Ada yang berhenti di tangga 1, banyak juga yang umurnya ditangga ke 3.*

■ Hidup ini hanya sementara. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. 

■ Umur yang kita dapat hari ini adalah anugerah dari Allah.  

■ Hargailah dengan banyak mngingati Allah. Kumpulkan bekalan yang akan kita bawa 'ke sana'. Walau di tangga mana pun kita sekarang, jangan tangguh kerana mati itu misteri, tidak akan cepat atau lewat walau sesaat. 

#sekadar berkongsi kpd yg sudi utk membacanya 😊


kopi & pasta




Monday, August 8, 2016

Cara Memandang Nasib

Assalamua'laikum

*CARA MEMANDANG NASIB...!!!*

```Pelajaran Tauhid yg sangat bernilai...

Dahulu kala, ada seorang petani miskin memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah...

Suatu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat tinggi... Sayang si petani miskin itu tidak menjualnya. Kawan2nya mentertawakan dan mengejek kerana dia tidak menjual kudanya.

Keesokan harinya, kuda itu hilang dari kandangnya.

Maka teman-temannya berkata: "Sungguh malang nasibmu, padahal kalau kemarin kamu jual, kamu kaya, sekarang kudamu sudah hilang."
Si petani miskin hanya diam saja tanpa berbicara.

Beberapa hari kemudian, kuda si petani kembali, bersama 5 ekor kuda liar lainnya. Lalu teman-temannya berkata: "Wah...! Untung sekali nasibmu, ternyata perginya kudamu membawa keuntungan."
Si petani tetap hanya diam saja.

Beberapa hari kemudian, anak si petani yang sedang melatih kuda-kuda baru mereka terjatuh dan kakinya patah.
Kawan2nya berkata: "Rupanya kuda-kuda itu membawa malang, lihat sekarang anakmu kakinya patah."
Si petani tetap diam tanpa berbicara.

Seminggu kemudian terjadi peperangan di wilayah itu, semua anak muda di desa dipaksa untuk berperang, kecuali si anak petani kerana tidak boleh berjalan.

Teman-temannya mendatangi si petani sambil menangis: "Untung sekali nasibmu kerana anakmu tidak ikut berperang, kami harus kehilangan anak-anak kami."

Si petani kemudian berkata:
"Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan nasib baik atau malang.
Semuanya adalah suatu rangkaian proses yang belum selesai...
Syukuri dan terima keadaan yang terjadi saat ini.
Apa yang kelihatan baik hari ini belum tentu baik untuk hari esok.
Apa yang buruk hari ini belum tentu buruk untuk hari esok.
Tetapi yang pasti, ALLAH paling tahu yang terbaik buat kita.
Bahagian kita adalah, mengucapkan syukur dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini.

Jalan  yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah. tapi sudah pasti yang terbaik..."

Semoga dapat memetik pengajarannya...


Wallahua'lam```




 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb