Hai assalamua'laikum
Jaman study di Kedah dulu buat nafsu kehendak aku membuak-buak mengalahkan nafsu keperluan. Kiri kanan depan belakang dikelilingi students yang boleh dikatakan 'hidup mewah'. Op cozzz lerrr i is jeles k! Ada yang setiap sem tukar fon baru, beli pakaian santek-santek, shopping pelbagai beg... Aku x tipu k, tapi bukan semua la. Sesetengah ja... beberapa ja... Sebab 1 sem dorang dapat RM8k, tolak yuran RM3+++ lebih tu pandai-pandai dorang la.
Aku sebagai manusia, mestilah teringin juga macam 'depa'. Aku ngan Eyfa ni selalu meluah sesama sendiri
'Bagusnya dorang bila masuk duit boleh shopping'
Kami ni hanya mampu tengok ja 'depa' shopping sakan. Tiap hujung minggu muka 'depa' la di Pekan Rabu. Tiap hujung minggu muka 'depa' la di Sungai Petani. Bukan saja-saja cuci mata, tapi cuci fulus sekali. Last2 kitorang pujuk diri sendiri.
'Ndapa la, biar la kita sakit 'duit' sekarang. Nanti abis belajar x kita 'sakit' mau bayar balik PTPTN'
Aku ngan Eyfa x pinjam PTPTN time sambung ijazah tu. Alhamdulillah dapat dermasiswa dari Pusat Zakat Sabah. Dermasiswa ni tiap tahun kena apply. Buka ja sem ganjil, memang muka aku ngan Eyfa la turun naik PZS & HEP untuk urusan dermasiswa. Nasib juga pointer bagus, maka dapat la aku sambung dermasiswa tu sampai sem 8.
Jumlah dermasiswa yang kami dapat setahun RM7300. Setahun k! 1 tahun 2 sem. 1 sem RM3+++k. So, duit yang kami dapat dari PZS tu khas untuk yuran belajar ja. Tu pun kena tambah sikit la duit untuk yuran sebab x cukup 😂 Tambang flight & belanja memang 100% dari parents. So, Eyfa ni terpikir mau jadi dropship jubah. 6-7 tahun lepas kan macam trend orang pakai jubah. Lagipun x ramai yang jadi dropship dulu. Jadi, kurang saingan.
Haaa, bila kami memasing jadi dropship alhamdulillah ada la juga fulusss lebih untuk sara diri sendiri 😂 Tapi lain-lain HQ la. Paling best time raya, boleh dapat cecah ribu ohhh 😬 Ni la cerita macam mana aku boleh jadi dropship.
Aku mula slow time sudah keja hakiki ni. Busy bebenor. Orang bilang 'busy mengalahkan menteri'. Orang bilang la 😂 Kalau time tu aku x busy & mood aku bagus, ada la aku post di IG BYNOURADIEB. Last posted 27 April 2021. Astagfirullah, taubat kita nakkk 😂😂😂
Tapi insyaAllah aku mau rajin-rajin la lepas ni update IG promote jualan. Mau tambah income, sebab nafsu kehendak shopping aku ni masi level high 😂 Doakan aku istiqamah mempromote. Sayang pula kalau kasi stop sebab ada kenangan bah jadi dropship ni dulu.
Sekarang ni aku jadi dropship
1. Pakaian: Chanteq Abaya/ ByReefa
2. Sambal Botol Power (Sabah sahaja)
Orang Sabah yang mau try Sambal Botol Power, meh la pm aku 😉