Monday, February 11, 2019

Hansaegee Nature Product


Assalamua’laikum…
Dah lama aku mencari produk yang boleh kurangkan minyak di muka. Lagi best kalau dapat nyahkan terus minyak-minyak tu. Tak sampai 5 minit pakai bedak, dah berkilat hidung. Betapa kukuhnya jajahan minyak di muka aku! Grrr…

Sila focus tang hidung nuuu

Time jaman study dulu, sampai lect tegur hidung aku pasaipa berkilat lain maciam. Ayat dia time tu umpama minyak kat hidung aku ni boleh buat goreng cekodok weyh! Haaa, lagi satu. Liang pori aku terbuka besaq gila. Dulu-dulu, bukan aku pandai jaga muka. Sukati ja berjemur di panas x pakai sunblock.
Dah besar dah jadi remaja ting tong ni, baru aku sedar diri yang jadi perempuan ni memang banyak benda kena jaga terutama kulit yang sihat. Kita ni sebagai pompuan kena jaga kulit kita leklok weyh supaya sentiasa sihat dan licin.
So, teringin mau try produk Hansaegee Nature. Before try produk ni, aku banyak baca good review pasal produk ni. Sehinggalah satu kebenaran terungkai mengenai produk ni. Jeng jeng jenggg~
Haaa, sebenarnya semua produk keluaran Hansaegee Nature adalah 100% original MADE in Korea gaisss! Kamurang faham-faham ja la… ingredients produk Korea memang sangat berkualiti. Perghhh! Sebab tu sangat tak zabarrr mau cuba! Ngeee~
So…





Tadaaa…







Aku try Aloe AC Clean Bubble Cleanser! Cara pakai cleanser ni senang jak. Pump 1-2 kali then letak di tangan basah, keluar buih-buih comel. Awww! Kalau dalam botol, Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ni berbentuk liquid. Tapi, bila kau pump yang keluar adalah bubble yang very SOFT, WATERY and MOISTURE. Bila kau tempek di muka, perghhh… ada rasa pedih sikit sebab ada luka kocik dekat bawah dagu aku. Tapi area lain, aku boleh rasa tarikan kelembutan di wajah. Gituuu~


Kan aku dah cakap keluar versi bubble. Kalau cleanser lain, ko kena gosok-gosok dulu baru keluar bubble. Yang ni, xyah k


Pastu, ratakan ke seluruh muka dan leher. Bilas guna air suam. Guna 2 kali sehari. Yang best pasal cleanser ni sebab sangat menyegarkan anddd baunya wangiii… Sangat menenangkan. Terus rasa kulit lembut and glowing! Memang aku highly recommended cleanser ni weyh


Kenapa aku berani mau try cleanser dari produk Hansaegee ni??? Sebab bahan-bahan utama adalah Aloe Barbadensis Leaf & Tea Tree Leaf Oil. Haaa, bahan yang digunakan baik untuk kesihatan kulit. Clenser ni memang ngam untuk semua jenis kulit. Nda kisah la kulit ko tu kategori berminyak atau kering ataupun combination skin.



Lepas try cleanser ni, memang nampak la perbezaannya. Minyak di muka lagi-lagi di hidung memang masih ada, aku tak nafikan cuma makin berkurang. MAKIN BERKURANG! Means, berlakunya kawalan minyak la. Alhamdulillah, yeahhh! Lagi satu, pori-pori pun makin mengecik. Kalau dulu, besaq gedabak weyh T___T Risau juga aku kalau kulit jadi kering, tapi non hado k! Cleanser ni buat kulit muka kau jadi moisture. Kau bilas ja muka, memang terasa sudah moisture tu. Lembut macam punggung baby. Hee. Lepas basuh tu, memang terasa segar ja muka. Tak nampak kusam malah jadi lebih sihat. Bila apply solekan di muka, hasilnya lagi cantekkk dan halus mulus di wajah.

Tapi serious cleanser ni memang best gilakkk. Sukaaa angattt!

Kalau kamurang berminat atau mau tau lebih pasal produk Hansaegee ni, haaa… rajin-rajinkan diri anda untuk menjengah ke sini:


IG Page: Hansaegeenature
Facebook: Hansaegeenature



 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb