Monday, March 28, 2016

7 Kunci Kebahagiaan

Assalamua'laikum



1. jangan membenci sesiapa meskipun ada yang menyalahi hakmu.

2. jangan pernah bersedih secara berlebihan sekalipun problem memuncak.

3. hiduplah dlm kesederhanaan sekalipun serba ada.

4. berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

5. perbanyaklah memberi walaupun sedang susah.

6.  tersenyumlah walaupun hati sedang menangis.

7. jangan memutus doa untuk saudara mukmin.



Sunday, March 20, 2016

Promosi Abaya Aisya





بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua'laikum

PENGUMUMAN PENGUMUMAN PENGUMUMAN

20 MAC 2015, ig @jubahplain akan menjual ABAYA AISYA dengan harga promosi iaitu RM75 sm, RM80 ss. BELI 3 PERCUMA 1

Harga promosi sah sehingga 2359pm 24 Mac 2015!!! Siapa lambat dia rugi
-Abaya Aisya
-Material: heavy peach koshibo
-wudhu & nursing friendly
-saiz dari S-M-L-XL-XXL
✔lembut
✔jatuh beralun
✔x panas
✔mudah gosok
✔susah kedut

Whatsapp: 0198934755 / 0198020499
Telegram: 0198934755

#abayaaisya
#jubahwudhuandnursingfriendly
#sayajualmurah
#sayajualbawahrm100

Friday, March 18, 2016

CARILAH AKU DI NERAKA...

Assalamua'laikum


Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu...

Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata, "Jika hang tidak nampak aku di syurga, btanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."

Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik, "InsyaAllah, insyaAllah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."

Kami menangis bersama, entah berapa lama...

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...

Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis :

"Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat2ku, 

Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat...

Carilah sahabat2 yg senantiasa berbuat ibadat, bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk menegakkan agama. 

Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.

Teman yg dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb utk bercerita hal politik, teman whatsapp utk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga...

Semaklah diri, apakah ada teman yg sebegini dalam kehidupan kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita...

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yg hanya condong pada garis dunia, carilah teman yg boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah..

Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....

Al-Hasan Al-Bashri berkata :

" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.

Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat2 kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..

Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.

Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?






CARILAH AKU DI NERAKA, DAN TOLONG BAWAKU KE SYURGA..



Friday, March 4, 2016

Perubahan

Assalamua'laikum


Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China...
                 

Jack Ma  berkata, 
"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu. 

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.  

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang. 

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.  

Bila jualan langsung@penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun. 

Bila smartphone guna 4G 
(akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila Wechat dan Whatsapp 
(mesej teks /suara/video bergerak) dibangunkan,  mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan org lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, 
"Apakah rahsia kejayaan kamu?" Dia berkata "Sangat mudah... saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."

Ingatlah dunia berubah setiap hari.  Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan.  Kamu tuai apa yg kamu semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada. 

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu  menjadi seorang yang BERJAYA.  

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan. 

Kalau kamu luangkan masa utk membaca buku untuk majukan Diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri. 

Kalau kamu habiskan masa utk minum, kamu mungkin menjadi seorang pemabuk. 

Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yg suka menyalahkan. 

Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menafikan seorang gadis yg cantik/lelaki yg handsome.  

Kalau kamu luangkan masa utk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik.  

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yg suka marah-marah, kamu mungkin menjadi org yang tidak disukai orang.

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan. 

Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yg aman dgn orang-orang yang kamu sayangi. 

Beza antara Orang Yg Berjaya dan Tidak ialah Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan Masa.

#MotivasiSukses


 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb