Saturday, January 24, 2015

Allah al-Hayyu

Assalamua'laikum

Masa terus berlalu. Skang, kita d tahun 2015, dan usia kita pun meningkat setahun lagi. Bertambah atau meningkat setahun lagi bermakna bukan semakin banyak tapi semakin sikit. Semakin pendek. Maknanya usia semakin dekat dengan kematian sebab setiap yang hidup pasti akan berakhir dengan kematian. Semuanya x terkecuali, melainkan Allah Taala.

Dia al-Hayyu-Yang Maha Hidup. Tak akan mati sampai bila2 pun. Walau seluruh dunia & isinya hancur binasa lepas kiamat, Allah tetap kekal selama lamanya. Manusia perlukan udara, minuman & makanan. Camtu jugak haiwan & tumbuh tumbuhan melata.

Allah Taala beza. Bahkan Dialah yang mengawal & mengurus hidup para makhlukNya. Dialah yang membekalkan udara kepada makhluk2Nya. Allah yang bagi makan minum kepada sekalian makhluk ciptaanNya. Allah yang turunkan hujan untuk membasahi bumi yang kering kontang lepas kemarau. Hujan juga bagi manfaat kepada haiwan & manusia.

Hidup manusia x lepas daripada masalah atau musibah. Tumbuh tumbuhan pun biasa dijangkiti penyakit akibat serangan serangga perosak dan sebagainya. Camtu jugak ngan haiwan,berhadapan dengan masalah hidup macam penyakit, lapar, ancaman pemburu dan sebagainya. 

Tapi, Allah terpelihara daripada semua tu. Dialah membekalkan masalah kepada manusia untuk menguji atau menyedarkan manusia. Bagi orang yang beriman, time berhadapan dengan masalah atau musibah, dorang x mudah mengeluh, melatah dan bertindak sewenang wenangnya. Sebaliknya berserah diri kepada Allah. Masalah hidup ialah ujian daripada Allah.

Setiap ujian perlu dihadapi dengan tabah dan sabar. Sabar tu menjadi sebab untuk Allah taala bagi keampunanNya. Sebab tu lah orang yang beriman x susah hati atau resah gelisah time ditimpa ujian hidup. Ujian tu jalan untuk dapat ampun dosa daripada Allah, selain ditingkatkan darjat di sisi Allah. 

Semua ganjaran yang dijanjikan tu diterima di akhirat nanti iaitu selepas menghadapi kematian. Allah Yang Maha Hidup akan balas setiap amal kebajikan orang yang beriman, ikut amal masing masing. 

Orang yang berjiwa hidup x suka buat jahat dan perkara mungkar, minat dan kesukaan dorang sangat cenderung untuk buat baik dan amal bakti, sama ada kepada Allah mahupun sesama manusia. Sebab tu lah orang yang betul betul teguh iman kepada Allah akan menikmati kehidupan sementara ni dengan penuh bahagia. Dan mati mereka pula dalam kemuliaan.





^_^





 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb