Sabahan Blogger

Wednesday, November 25, 2015

Happy Belated Birthday

Assalamua'laikum

Amaran: cerita ni sangat-sangat dah basi k...

5 O.G.O.S 2015

Thank U so much everyone. Thank U for all the wishes and the du'a. 

So, cerita bermula begini...
Pada zaman dahulu kala,
bermulalah sebuah cerita...

Malam tu, lepas makan (dinner la kononnya), tetiba DikMal ajak g makan kat kepci. Takdak angin takdak ribut. Yang aku terkejutnya sebab kami baru lepas makan. Perut aku pun still kenyang lagi. Dah housemate yang lain x mau teman dia, aku g la ikut. Ajak sekali Ecah dengan Kyra. Rupanya...

Esok nya...
Tengah hari...
Baru habis kelas...
Baru sampai rumah...
Skodeng dari tingkap nampak ayam terbongkang atas lantai *kitorang makan kat lantai
Aku dah lah nak terkucil, depa lagi lambat-lambat buka pintu
Time tu nak memanas juga la
Rupanya...
Lepas buka pintu, depa surprised me with sejibik kek and nyanyian 'happy birthday'. Owhhh, sangat terharu k

Opsss, sebelum ke acara seterusnya lebih baik aku p menunaikan hajat nak terkucil. Ehekkk :p

Sila layan gambar k :D



Ohhh, rupanya DikMal ajak g kepci tu dia nak belanja aku sempena birthday. Kalau aku tau, aku x makan banyak sebelum tu. Biar pajak semua makanan dalam kepci. Muahahahahahahahaha

Bab kek pulak, depa g tempah masa kami d kepci tu la. Amboiii, patutla x mau makan kepci.

Mira plak, malam time makan kepci tu baru sampai dari Sabah. Esoknya, dia x mai kelas. Rupanya, p masak nasi ayam. Hadoyaiii

Thanks so much girlsss! Anyway, alhamdulillah I am officially 23. Gerun plak makin hari usia semakin meningkat...




Tuesday, November 24, 2015

Sejuta Maaf- Achik Spin

Assalamua'laikum

Entah mengapa rasa sayang padamu
Dengan kejujuranmu membuat ku merindu
Oh kekasih

Tidak sepatutnya ku nyatakan
Untuk mencurahkan perasaan
Walau aku telah punya teman yang setia

Waktu sunyi ku membicara
Membuai daku yang terlena
Hingga tak dapat ku menolak kehendakNya

Sejuta maaf oh kekasih
Sekiranya kau menanggung segalanya
Daku hanya insan lemah
Yang hanya berserah resah dan rasa gelisah

Kali ini ku melaluinya
Walaupun payah untuk mengerti
Atau mungkin menyintai keduanya
Jika terpaksa

Perasaan yang membelenggu
Membuatku seakan membisu
Gelisahku membilang waktu
Sepi tanpamu...

Sejuta maaf oh kekasih
Sekiranya kau menanggung segalanya
Daku hanya insan lemah
Yang hanya berserah resah dan rasa gelisah

Kali ini ku melaluinya
Walaupun payah untuk mengerti
Atau mungkin menyintai keduanya
Jika terpaksa

Perasaan yang membelenggu
Membuatku seakan membisu
Gelisahku membilang waktu
Sepi tanpamu...

Entah mengapa rasa sayang padamu
Dengan kejujuranmu membuat ku merindu
Oh kekasih


Sama-sama kita sedekahkan surah al-Fatihah kepada arwah Achik... 



Monday, November 23, 2015

Kimchi Untuk Awak!

Assalamua'laikum

Insiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea, Danial Lee Jae Hwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Bella. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kak long apabila dia terpaksa duduk di sebelah lelaki yang menyebalkan hatinya itu.

Episod huru-hara berterusan apabila kak long memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. 

Hati Bella semakin tidak aman apabila mendapat tahu bahawa presiden tersebut adalah Danial Lee Jae Hwan dan rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali malah mahu menjodohkannya dengan lelaki 'samseng' itu. Walaupun masing-masing tidak mahu disatukan, namun satu insiden berlaku di kampung akhirnya memaksa Bella dan lelaki itu diijabkabulkan.

Tatkala cinta mula bercambah, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara salah sangka yang sengaja diada-adakan oleh Yoo Ri. Manakala perasaan rindu telah membuatkan Danial Lee Jae Hwan menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka memekar semula. Namun Yoo ri dan Zara sentiasa muncul untuk mengganggu rumah tangga mereka. 

Dapatkah Danial Lee Jae Hwan dan Bella mempertahankan keagungan cinta mereka?

"Mampukah hubungan yang masam dan pedas seperti kimchi jadi semanis cotton candy?"

Sebuah karya terbaharu daripada penulis bestseller Suri Ryana



Aku bagi 8/10. 
Penulis: SURI RYANA
Harga: RM29 sm, RM32 ss


Tak silap aku, novel "Kimchi untuk awak!" ni bakal diadaptasi ke drama. Dan pelakon yang memegang watak Dang Lee Jae Hwan ialah Nazim Othman. Kalau x silap aku lerrr. 



Sunday, November 22, 2015

Ayat-ayat Cinta Bercerita

Assalamua'laikum

Terkadang hati kita dapat melihat apa yang mata tidak akan sanggup melihatnya- H. Jackson Brown, Jr.

Kita mungkin bisa memberi tanpa cinta, tetapi kita tidak bisa mencintai tanpa memberi- Bernard Meltzer.

Ketika kamu dicintai oleh seseorang maka kamu akan memperoleh semangat, ketika kamu mencintai seseorang, maka kamu akan memperoleh keberanian- Lao Tzu.

Biarkan hatimu dipenuhi perasaan cinta, hidup tanpa cinta bagaikan taman bunga layu yang tidak pernah disinari sinar mentari- Oscar Wilde.

Cinta terbentuk dari satu hati yang menghuni dua insan- Aristotle.




Thursday, November 19, 2015

Berkata Ibnu Qayyim

Assalamua'laikum

Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang2 yang tidur...

Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang2 yang tidak berpuasa dengan tatapan menghinakan...

Jika Allah memudahkan bagimu pintu untuk berjihad, maka janganlah memandang orang2 yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan...

Jika Allah mudahkan pintu rezeki bagimu, janganlah memandang orang2 yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yang mengejek dan mencela. Sebab itu adalah titipan Allah yang akan dipertanggungjawabkan kelak.

Jika Allah mudahkan pemahaman agama bagimu, janganlah meremehkan orang2 yang belum faham agama dengan pandangan hina...

Jika Allah mudahkan ilmu bagimu, janganlah sombong dan bangga diri... kerana Allah lah yang memberimu pemahaman itu. 

Boleh jadi orang yang tidak mengerjakan Qiamullail, puasa (sunnah), tidak berjihad, dan sebagainya lebih dekat pada Allah darimu.

Ibnu Qayyim berkata:
"Sungguh engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal... lebih baik daripada qiamullail semalaman namun pagi harinya engkau merasa takjub dan bangga diri... sebab orang yang merasa bangga dengan amalnya tidak akan pernah naik (diterima) amalnya". 




Wednesday, November 18, 2015

Luahan Hati Yang Sayu

Assalamua'laikum




Kat atas tu luahan sayu salah sorang lecture yang pernah mengajar arwah, and sangat rapat dengan arwah. Lebih menyedihkan, arwah eksiden depan bangunan opis lecture tu.


Arwah ni student Thailand, berkelana mencari ilmu di bumi Insaniah. Dengar citer dari geng2 Thailand, lepas convo tu arwah nak balik Thailand sebab dah dapat keja. Sem2 lepas, aku memang selalu juga nampak arwah kat kampus.


Sebelah2 uma sewa kami tu ada geng2 muslimat Thailand juga menyewa. Malam lepas arwah eksiden tu, depa pakat kumpul ramai2. Nak g tanya itu ini rasa segan plak. Kita sendiri boleh nampak betapa kuatnya hubungan silaturrahim antara depa. 



AlFatihah untuk arwah Miti 





Tuesday, November 10, 2015

Terlajak Kata Buruk Padahnya

Assalamua'laikum

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. So, kita kena jaga tutur kata supaya x undang masalah pada diri sendiri.

Janganlah sesuka hati tutur atau tulis bait 'cinta' yang holeh mengguris hati. Hubungan boleh jadi hambar, layanan pun dah x semesra dulu.


"Be Careful with your words. Once they are SAID they can be only Forgiven, Not Forgotten"



p/s: x sindir sesiapa pun, sekadar untuk saling mengingati dan memotivasikan diri. 




Tuesday, November 3, 2015

Siapa Yang Tahu???

Assalamua'laikum...

Siapa tahu anak paling nakal rupanya Allah nak dia dapat didikan, doa & tangisan dari ibu bapanya sehingga dia dididik dengan sebaiknya...

Siapa tahu lambat kahwin rupanya Allah hadiahkan perkahwinan yang sebenarnya...

Siapa sangka gagal dalam exam beberapa kali rupanya bakal jadi seseorang yang hebat...

Siapa sangka setiap hari kena maki & dihina dalam pekerjaan dan perniagaan rupa-rupanya, Allah nak dia jadi kuat dan bersyukur... dan lebih menyayangi orang susah ketika dia senang nanti :)

Allah yang merancang semuanya...

#esokakuexamduapaperweyh
#wishmeluckokay
#istisyraqmanahij

p/s: Siapa nak order GreenTea Thailand, boleh contact saya :D





 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb