Sabahan Blogger

Friday, September 5, 2014

Isteriku Bukan Ustazah

Assalamua'laikum

Suatu hari, ada reunion skola lama. Skola lama tu pelajar lelaki saja. Skang semua dah dewasa, ada kerjaya bagus, ada family,. Tiga sekawan; Zainal, Amar dan Najmi berkumpul kembali. Maka, bermulalah dialog dan sesi taaruf. Dah lama x jumpa kan. 

Zainal : " Kau kawen tahun lepas kan, Amar? Kita taaruf Amar dululah ya. Ceritalah sikit pasal isteri kau kalo x keberatan. "

Amar : " Yup. Isteri aku orang utagha. Alhamdulillah, sejuk mata memandang isteri aku tu. Kerja ustazah. "

Zainal : " Wahhh, samalah kita. Orang rumah aku pun ustazah gak. Aku nikah 2 tahun lepas. Untung dapat ustazah ni. "

Amar : " Yup. Senang. X perlu didik sangat dah. Majoriti hal agama dia dah tahu. So, smooth sangatlah nak menguruskan family. "

Zainal : " Betul, betul. Aku ni kau tahulah kepala gila gila sikit. Tapi dapat ustazah. Fuhhh, dasyat x? Isteri aku tu tutup aurat dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tudung labuh, pakai jubah. Syukur sangat sangat aihhh. "

Amar : " Hehe. Samalah dengan aku pun. Macam dia pula duk bimbing aku. Kadang kadang dia yang ajar aku al-Quran bila aku salah baca. Untung. "

Zainal : " Wahhh. Pendek cite, isteri ustazah ni benar benar untung besar pada kita suami dunia dan akhirat. "

Amar : " Ehhh Najmi, kau plak camna? "

Najmi cuma tersenyum. 

Najmi : " Errr. Isteri aku bukan ustazah. Dia nurse. "

Amar : " Maaf kalo aku salah cakap ni. Tapi nurse bukan ke kita tahu susah wooo nak dapat yang betul betul solehah. Bukan kita x pernah ngorat nurse zaman kolej dulu. "

Zainal : " Betul, betul. Aku setuju. Sosial tu lebih lah. Aurat x terjaga sangat. Tengok pakaian pun dah tahu. Lagi lagi duk treat pesakit tu lah, pesakit ni lah. Hish, x terjaga sangatlah. "

Najmi : " Aku x setuju korang cakap gini. Tu dah macam pukul rata. Jangan sebab segelintir yang x baik, semua angkatan jururawat se-Malaysia kita labelkan macam tu. Aurat mereka di hospital tu ada hukum khusus. Boleh buka bila rawat pesakit jika darurat, kena tutup after rawatan. Kalo bukan adanya jururawat, siapa yang nak tolong doktor? Siapa yang nak peduli pesakit buang air? Tidak bermakna bila jururawat sentuh pesakit lelaki, itu dinamakan tidak terjaga. Sempit pandangan tu. Sentuh bukan suka suka, sentuh untuk rawat dan cuci luka. Bukan sentuh untuk menggatal. Kadang kadang yang menggatal adalah pesakit lelaki. Nurse ni banyak kerja dan penat. Takde masa nak menggatal pun. "

Amar dan Zainal terdiam sekejap.

Najmi : " Takpelah. Aku pun dah nak  balik dah. Isteri aku dah datang tu. Dia kena balik hospital. "

Kelihatan seorang gadis cantik berjalan ke arah mereka. Berpakaian sempurna. X ada pun x tutup aurat. Sampainya dekat mereka, didekatinya Najmi.

Najmi : " Kenalkan ni isteri aku. Maaf, aku didik dia x tengok lelaki lain kecuali bertugas. So, dia tengok aku je. Satu lagi aku nak cakap, actually tugas mendidik adalah tugas suami. Bukannya isteri yang bimbing suami. Terbalik. Suami x patut goyang kaki dan harapkan isteri dah solehah. So, x perlu didik sangat lagi. Mendidik adalah proses sepanjang hayat. Solehah atau x seseorang isteri itu bergantung pada kesungguhan suaminya untuk jadi soleh. Ok, maafkan aku kalo aku salah cakap. Assalamua'laikum. "

Amar dan Zainal menjawab salam dan menyambut huluran tangan Najmi. Ditinggalkan mereka berdua terkebil kebil.

#MuhasabahDiri#












^_^






 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb