Sabahan Blogger

Wednesday, October 31, 2012

Sunday, October 28, 2012

Murah Rezeki

Korang suma , jom ringankan jari untuk klik sini :D

Hari ni , dengan sukacitanya aku update blog . Straight to the story . Tadi , sedang syok aku dengan Syazwa kutuk-kutuk ( budak bawah umur jangan ikut sikap ini ) orang kat muka buku , tetiba fon aku bunyi . Kuarlah ringtone " My Baby You " . Blank jugak aku , sepalah yang sudi send sms malam-malam cenggini . 
Rupanya budak kelas aku yang sms suruh turun ambik donut dari Kak Aimy . Aku pun minta tolong Syazwa temankan aku ambik donut tu . Yang bestnya , Syazwa siap cakap kat aku : " Kalau Big Apple baru aku sudi temankan kau turun " . Hamboi hamboi hamboi , bersyarat pulak si kawan sorang ni . Dah tu , senyap-senyap dia send sms guna number aku kat budak tu : " Donut apa tu ? Big Apple ka ? " . Terus dia balas : " A'ah ... turunlah skang . bla bla bla ... " aku pun tak ingat apa yang dia send , sms pun dah delete . Takdanya aku mau save ...
Lepas dia send camtu , semangat betul si Syazwa bersiap untuk temankan aku turun . Tahulah dah sebulan puasa Big Apple , tapi gaya macam orang kebulur 100 hari . Lepas dapat Big Apple , dengan hati riang ria dup dap dup dap tak sabar nak makan Big Apple . Nyum-nyum ... Sebelum balik ke rumah , teringat pulak nak ganti almari dalam bilik . So , sebelum naik tu , kitorang usha-usha dulu almari dekat bawah flat . Yang mana satu almari terbaik menjadi pilihan hati . Akhirnya , kitorang pilih almari lama yang dah berkarat besinya sana-sini ( haip-haip , macam tak bersyukur jak ) .
Berat jugak nak angkat almari tu . Lebih kurang dalam 10 minit camtu , baru separuh tangga aras 1 kitorang angkat almari tu . Rumah kami pulak di tingkat 3 . Mana lagi nak pegang fon dengan Big Apple ... aisehhh , Big Apple jugak difikir . Nak angkut almari tu ke tangga pun dah rasa nak pengsan , bila rasa dah tak larat kitorang heret jak naik tangga . Dah lah badan kecik , nak angkat benda besar memang susah sikit tapi tak mustahil kan ... Big Apple dengan fon tu kitorang siap-siap angkut letak kat aras 1 . 
Rupanya , tym kami heret almari tu naik tangga ... kuat pulak bunyi bum bam bum bam . Mana dengan bunyi heretnya , dengan bunyi pintu almari tu yang terbuka-buka . Tetiba , aku nampak bayang orang berdiri di tepi tingkap dekat blok sebelah . Tersentap hati  i tym tu u olls .Terus aku gitau kat Syazwa : " Fah , ada orang tengok lah dekat tingkap " . Kami apalagi , tunduk-tunduk di tangga macam pesalah . Bila aku berdiri , erk ??? Masih ada lagi bayang tu , otomatik aku tunduk . Tak lama pastu , aku tengok balik blok sebelah ada 2 budak lelaki tengok dari tangga . Aiyooo , reaksi muka dorang macam nak telan kitorang . Takut jugak kalau-kalau dorang tu JAKSA , manatau nak marah sebab kami buat bising tym angkat almari tu . 
Tetiba , dengan loghat Kelantan : " Awak ... awak ... nak angkat almari ke ? Boleh kami tolong ? " Aits , pucuk dicita ulam pun datang . Aisehmen , peluang keemasan . Dah ada orang yang sudi hulurkan pertolongan , takkan tak nak terima kan kan kan ... pastu yang sorang lagi tanya : " tingkat berapa ? " " tingkat 3 " . " Almari lama ke ni ? Tukar dengan almari baru ... " aits , boleh ambik almari baru ? Baru aku tau ... kihkihkih ... Terus dorang tukar almari yang kami nak angkut tu , ganti dengan almari baru . Siap dengan plastik lagi u know ... 
Dengan gagah perkasanya dorang angkat almari tu , sekejap jak dah sampai di tingkat 3 . Takdalah sampai depan pintu , blok pompuan tu . Tak leh lebih-lebih , kang ada yang silap fikir . Aku dengan Syazwa pun dengan malu-malu kucing ucap terima kasih sebab tolong angkat . Pastu tak lupa jugak minta maaf sebab menyusahkan dorang pulak . Takut jugak bunyi bising tu ganggu dorang study . Al-maklumlah , skang ni bulan exam . Masing-masing nak pulun otak untuk study ... hafal itu hafal ini ... 

Erk , lupa aku . Big Apple dan fon aku tak tinggal . Hehehehe ... sampai dekat rumah , Syazwa dengan semangat yang berkobar-kobar bersihkan almari tu luar dan dalam . Aku pulak tolong nyahkan almari lama yang dah usang lagi tinggal nak roboh ( sebelum ni dah roboh 5-6 kali ) . Begitulah kalau dah habis madu , sepah pun dibuang ... ahaks ! 

Dah siap kemas semua pakaian , barang-barang yang lain ... kitorang pun ngadap Big Apple . Nyum-nyum , murah rezeki hari ni . Dapat makan Big Apple free , syukur alhamdulillah :D Dahtu , ada pulak yang sudi hulurkan bantuan angkatkan almari hingga ke tingkat 3 . Bila tengok almari tu , mesti aku dengan Syazwa senyum sendiri pastu ketawa . Memang malu dan lucu bila ingat tentang ni semua ...
Sekadar gambar hiasan , hihihi :D
^_^

Friday, October 19, 2012

سلامة هاري لاهير

13/10/2012
Alhamdulillah , dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saudari Iffah Syazwani a.k.a Eyfa Syazwa telah rasmi memasuki alam remaja 20 tahun . Tahniah diucapkan kerana berjaya melepasi zaman kanak-kanak ribena . 
Ditujukan khas buat Syazwa :
Assaalamua'laikum wbt durlink ,

Selamat ulang tahun sahabat . Semoga panjang umur dan murah rezeki . Tahniah sebab dah mencapai usia 20 tahun . Doa aku untuk kau , semoga setiap impian dan harapan sentiasa berada dalam limpah rahmat dan keredhaan Ilahi . Amin ...

Tak sangka aku , umur kita dah masuk 20 tahun . Dah besar dah , tapi gerenti perangai kita masih belum matang . Tahun ni , genap 8 tahun kita menjalinkan hubungan persahabatan kan kan kan . Dari zaman skola menengah sampailah zaman U , cewah~ 

Thanks lah sebab sudi jadi pendengar setia tutur bicara aku . Dah lah kau penat , asal aku balik mesti membebel cerita pasal aku jak 1 hari . Tapi , kau sabar jak layan aku . Nie yang buat aku tambah syg ngan kau . Kau memang pwen tym susah dan senang . 

K lah,banyak dah aku membebal kat sini...nanti sambung lagi,hehehe

Aku mula kenal Syazwa ni tym tahun 5 lagi ( x silap akulah ) . Tym tu MTQ , jadi dia wakil nasyid . Kenal muka jak lah,nama tym tu malas nak tau . Tup tup kitorang 1 skola tym form 1 sampai upper 6 . Pastu sambung degree di tempat yang sama . Dahtu , dapat 1 rumah . Yang bestnya , dapat sebilik :p
Tym burfday Syazwa tu , aku dengan Miera langsung tak tau nak watpa . Last2 aku cakap ngan Miera : " Apa macam lau masak mee gorang basah sebab Ifa suka makan " Lepas abis kelas Tasawuf , aku terusss blah pegi Tesco nak cari bahan masak . 
Antara bahan untuk masak mee gorang basah , ayam masak merah & sup ayam :p

Burfday Card 100% hasil tangan NOUR ADIEB

Hasil tangan Miera ... aku just tolong hias sikit2 jak
Takda jual di pasaran , buatan tangan Miera 100%
Hadiah made in Padang Besar <3
Syazwa tutup mata ulat ni sebab menyeramkan!!!







^_^





Monday, October 8, 2012

Martabak Atau ???

Asal hujung minggu jak , mesti ada saja resepi baru yang nak dimasak . Asal ada resepi baru jak , mesti akan masak tym hujung minggu . Kali ni , kitorang bertiga plan nak buat "martabak jawa" pulak . Ni sebenarnya idea Miera dan Syazwa . Dah lama tak makan "martabak jawa" , kempunannn daaa~
Dekat Sabah , martabak lebih famous ngan nama "martabak jawa" . Tak tahu pulak aku asal usul nama tu . Yang penting aku tahu pilih , beli dan makan . Tak semestinya belakang nama martabak tu ada "jawa" jadi pembuatnya pun mestilah orang "jawa" . Nehi nehi nehi , anda silap besarrr~

Antara bahan perisa yang diperlukan~
Dicampur bersama isi martabak :p


Menggunakan tepung gandum yang dah diubah suai dengan dicampurkan marjerin + telur + air
Bulatkan tepung yang dah diuli sebulat-bulatnya


Yang ni pulak isi martabak
Ahli-ahlinya ialah ayam yang sudah dimasak secara percik lada hitam ( pastu dipotong halus dan comel ) + mushroom + kubis + telur putih 2 bijik~
Digaulkan menjadi 1 :p


Lepas dibulatkan , kita leperkan pulak dengan comel :p
Lepas tu , masukkan dalam kuali 


Percubaan pertama :(

Percubaan kedua dan seterusnya :)
Dah boleh wat kitorang bertiga tersenyum 

Erk , nak tanya sikit ... tepung terugi tu tepung gandum ka ? Aku bab-bab tepung ni failed sikit . Martabak yang kitorang wat tu langsung takda rasa martabak tapi bila masuk mulut ... alahai , sedapnya :p Betul , sesungguhnya aku tak tipu ! Tak caya , korang try lah sendiri :) Selamat mencuba , peace :p



PRACTICE MAKES PERFECT !!!








^_^

Tuesday, October 2, 2012

Sanah Helwah :)

Sanah helwah ya akhi ku sayang :)
Sorry lah tahun ni Ayu x dapat sambut burfday Qayum . Jangan nangis ya :p

Hari ni 02 Oktober 2012 . Dengan rasminya adik lelaki aku berumur 15 tahun . Satu-satunya adik lelaki aku :) 

Good luck PMR ya Qayum ... buat yang terbaik . Ayu dengan family sentiasa berdoa untuk Qayum . Sekarang ni , umo Qayum dah masuk 15 tahun , dah besar dah . Bukan lagi 5 tahun~ Erk , apa lagi nak taip ehhh ???

Erm , jangan lupa صلاة ... mohon pada الله  supaya mudah menerima ilmu . Jangan lupa kasi doa Ayu ngan family sekali . Malas dah nak bebel panjang-panjang .

Apapun , Ayu sentiasa sayaaang Qayum . K , i tak tipu taw !!! Sekian , banyak gi kerja nak wat :p












^_^





 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb