Sabahan Blogger

Tuesday, May 29, 2012

Alahai , Diet Ke ?



Jom breakfast!!!
Minum susu dipagi hari kan baik untuk kesihatan

Air susu ja lah yang sempat aku sumbat dalam perut. Kelam kabut mau pegi kerja punya pasal, x sempat mau makan benda lain. Nasib aku sempat sumbat benda ni dalam beg
*Kenyang 5 minit ja


Sumber gambar: Uncle Google :p









^_^





Friday, May 25, 2012

Kanak-kanak Ribena



Kanak-kanak Ribena sangattt

Jom layanzzz :)
video







^_^





Friday, May 18, 2012

Ukhuwah


Ukhuwah doesn't always need togetherness
Doesn't need everyday conversation
As long as the relation live in the du'aa
It remains abadan abada
Amiiin... May Allah loves our friendship :)







^_^





Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru Mama




Jika hari ini seorang PERDANA MENTERI berkuasa
Jika hari ini seorang RAJA menaiki takhta
Jika hari ini seorang PRESIDEN sebuah Negara
Jika hari ini seorang ULAMA yang mulia
Jika hari ini seorang PEGUAM menang bicara
Jika hari ini seorang PENULIS terkemuka
Jika hari ini seorang siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Selamat Hari Guru, Mama :)







^_^





Monday, May 14, 2012

43 Kelebihan Wanita Solehah [ 2 ]



23 ) WANITA YANG BERSALIN akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji
24 ) APABILA SESEORANG perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya 
25 ) SEKIRANYA WANITA MATI dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
26 ) WANITA YANG MEMBERI minum susu kepada anaknya dari badannya ( susu badan ) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya
27 ) JIKA WANITA MENYUSUI anaknya sampai cukup tempoh ( 2 1/2 tahun ), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
28 ) JIKA WANITA MEMBERI SUSU BADANNYA kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
29 ) WANITA YANG HABISKAN MALAMNYA dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
30 ) WANITA YANG TIDAK CUKUP TIDUR pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
31 ) APABILA SEORANG WANITA mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan dan mengampuni 2 000 kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya
32 ) SEORANG WANITA YANG SOLEHAH lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu  neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab
33 ) MANA-MANA WANITAYANG MENUNGGU SUAMINYA hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suami atau memegang tangannya, memperelok hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Alla , maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari kiamat kelak, Allah kurniakan nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi
34 ) TIDAKKAN PUTUS GANJARAN DARI ALLAH kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya
35 ) WANITA YANG MELIHAT SUAMINYA dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat
36 ) JIKA WANITA MELAYAN SUAMI tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat
37 ) WANITA YANG MELAYAN DENGAN BAIK suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad 
38 ) JIKA WANITA MEMIJAK SUAMI tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tuala emas dan jika wanita memijak suami bila disuruh akan mendapat pahala tuala perak
39 ) DARI HADRAT MUAZ RA: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari dibakar api neraka
40 ) THABIT AL BANANI BERKATA: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat  ( kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya )
41 ) PADA SATU KETIKA DI MADINAH, Rasulullah saw keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak". Sabda baginda, "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki"
42 ) WANITA YANG MEMERAH SUSU binatang dengan lafaz "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
43 ) WANITA YANG MENGGULI TEPUNG GANDUM dengan "Bismillah", Allah akan berkatlah rezekinya 
Alangkah beruntungnya dilahirkan menjadi seorang wanita. Tidak semua wanita lahir terus-terusan menjadi seorang wanita yang solehah. Wanita solehah juga bukan manusia sempurna, kengkadang boleh melakukan kesalahan. Akibat nafsu, wanita solehah boleh bertukar watak manakala wanita yang hanyut dengan hiburan duniawi boleh berubah menjadi wanita solehah sekiranya dididik dan dibawa ke jalan yang lurus.
^_^

Thursday, May 10, 2012

43 Kelebihan Wanita Solehah [ 1 ]





Sebelum tu, jom undi Mialiana.com

1 ) DOA WANITA lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki

2 ) WANITA YANG SOLEHAH itu lebih baik daripada 1 000 orang lelaki yang tidak soleh

3 ) SEORANG WANITA SOLEHAH adalah lebih baik dari 70 orang wali 

4 ) SEORANG WANITA SOLEHAH adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh

5 ) BARANG SIAPA yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah swt dan orang yang takutkan Allah swt akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya

6 ) BARANG SIAPA yang membawa hadiah ( barang makanan dari pasar ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail as

7 ) TIDAKLAH SEORANG WANITA yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat ( tebusan ) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya, maka dibaca ayat yang bermaksud: "Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa"; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya

8 ) WANITA YANG TINGGAL bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah saw di dalam syurga 

9 ) BARANG SIAPA MEMPUNYAI tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga

10 ) DARI AISYAH RA: "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka"

11 ) SYURGA ITU di bawah telapak kaki ibu 

12 ) APABILA MEMANGGIL akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu

13 ) WANITA YANG TAAT BERKHIDMAT kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab

14 ) WANITA YANG TAAT akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredainya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya )

15 ) AISYAH RA BERKATA "Aku bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab baginda, "Suaminya". " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah saw, "Ibunya"

16 ) SEORANG WANITA yang apabila mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan ( Ramadhan ), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki 

17 ) TIAP PEREMPUAN yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah swt memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya ( 10 000 tahun )

18 ) APABILA SESEORANG PEREMPUAN mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah swt mencatatkan baginya setiap hari dengan 1 000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1 000 kejahatan 

19 ) DUA RAKAAT SOLAT dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil

20 ) WANITA YANG HAMIL akan dapat pahala berpuasa pada siang hari

21 ) WANITA YANG HAMIL akan dapat pahala beribadat pada malam hari

22 ) APABILA SESEORANG perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah swt mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah swt














^_^






Tuesday, May 8, 2012

Sedaplah Kakak Masak !!!


Lagi story aku dengan bebudak pra. Menu kelmarin sepatutnya mee gemok tapi aku termasak mee kurus. Adohaiii, entah apa benda yang aku fikir time tu. Boleh pulak tertukar menu. Tapi x apalah, janji bebudak pra dapat makan... kenyang perut suka hati. Alhamdulillah...
Aku sebenarnya kalau bab memasak ni, memang malas sikettt. Dulu, awal-awal lagi aku dah plan cari laki yang pandai masak supaya x kebulur. Tapi sekarang, sejak-menjak aku kerja ni... hilang sikettt kemalasan aku. Dan, yang paling penting sekarang, aku berazam mau belajar memasak. Hehehehe... sifu mestilah my mom
Dulu-dulu time masih separa kecik ( dalam umur 17 tahun tu ), aku dah plan apa yang akan aku bagi makan dekat laki aku. 
Breakfast: air suam & mee goreng + kicap
Lunch: air suam & biskut mayat
Dinner: air sejuk ja
Hehehehe, amacam? Confirm laki aku nanti sentiasa slim. Jimat duit, x payah susah-susah pegi slimworld segala. Pastu, ekonomi uma tangga pun stabil. Hebakkk kan plan aku? Kalau mama tau, maybe dalam sehari 3 kali mama akan ajar aku masak. Owhhh, no no no... aku tak sanggup!
Sekarang, keinginan aku untuk belajar memasak semakin membuak-buak, tinggi menggunung... berazam dengan penuh keyakinan. Kenapa baru sekarang aku mau belajar masak? Sebab... sebab.. sebabnya...
Sebab, bebudak pra cakap masakan aku sedappp!!! Ayatnya kira camni lah: "Sedaplah kakak masak. Aku maw tambah lagi" Hehehehehe, bangganya aku. Tersenyum-senyum macam owang gila, nasib ada Kak Ros... cover sikettt. Thanks adik-adik sebab puji masakan kakak. Tapikan, bagi aku x juga sedap. Sebab, time aku makan tu aku rasa tawar ja lebih. Aku mau tanya dekat Kak Ros tentang masakan aku tu, rasa segan pulak. 
sempat lagi aku snap gambar lepas memasak

Haaa, satu lagi. Tajuk lagu yang menghiasi blog aku sekarang ni ialah Satu Cinta. Korang klik ja tajuk lagu tu, terus pegi 4shared. Baikkan hati akuuuu... Satu lagi, muzik yang korang cakap best tu pulak... alaaa, muzik yang aku letak dekat blog dulu-dulu tu... tajuknya Selamat Pagi Cinta
Selamat berdownload, dadaaaaaa. Sekiannn... :D
^_^

Friday, May 4, 2012

Saja Buang Buwink




Nie suma boring punya pasal :P



Sekiannn, peace :D








^_^





Thursday, May 3, 2012

Update Sepuas Hati


sumber): paci google

Wahhh, tak sangka pesta kaamatan peringkat negeri dibuat dekat pekan Kuala Penyu. Dekat dengan rumah aku. Tak juga dekat sebenarnya, ambik masa dalam 20 minit dari rumah ke pekan. Aku sebagai warga tulen Kuala Penyu of cause arr pegi pesta tu. Jalan-jalan cuci mata di hujung minggu. Pesta tu tak silap aku mula 26 April sampai 1 Mei. Fuhhh, lamanya. 



Hari selasa aku 1 family pegi pekan KP. Pagi tu cuaca redup, berdoa aku puas-puas supaya hari tak panas. Bila sudah jam 10, matahari pun terpacak atas kepala. Adoiii , panas tahap... ntah tahap apa. Yang penting, panas... sabar jak lah .

Aku konon mau tengok persembahan 7 jenis tarian dekat dewan. Alahaiii, dengar bunyi muzik ja lah aku. 
Di luar dewan tu pun sudah sesak, apalagi dekat dalam.

Terus aku pegi menyibuk dekat pondok persatuan bisaya ni mengubat hati yang lara, cewahhh. Bangsa aku ni, hehehe... 
Yang bestnya, dapat makan kelupis. Free pulak tu. Nyum-nyum, kenyang perut
Cayalah, memang sedap. Cicah dengan rendang daging, rendang ayam, serunding... perghh... Makaseh maci-maci sekalian :P

Pastu, aku pegi round satu padang. Rajinkan aku. Sempat jugalah snap-snap sikettt
Hadoiii, jealous tengok bebudak tu main. Macam mau join :D

*baju hijau: yang membesarkan aku adik-beradik, cari nafkah
*tudung puteh: yang susah payah melahirkan aku :D

Mama jeling dewan sebenarnya tu, maw masuk tengok orang menari :P

Aku suka buli dia, satu-satunya adik pompuan aku

Hari ni juga, birthday bapa aku. Jom nyanyi sama-sama :P

Allah selamatkan Bapa
Allah selamatkan Abi
Allah selamatkan Ayah
Allah selamatkan Walid
Allah selamatkan Daddy
Allah selamatkan Abah...




p/s : Sedangkan panas di dunia ni pun aku dah tak tahan, apalagi panas di padang masyar. Ya Allah, ampunkan dosaku~
^_^
 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb