Sabahan Blogger

Friday, April 27, 2012

Dah Sebulan Rupanya



Hari ni dah 27 April rupanya. Maknanya, dah masuk sebulan dah aku kerja.

Penat bekerja? Mestilah! Siapa yang tak penat. Terutamanya first day, memang penat betullah sebab belum biasa lagi kan. Balik rumah terus mengampai. Mama geleng kepala ja tengok. Hehehehe... 

Sepatutnya aku mula kerja 26 Mac tapi aku masuk kerja 27 Mac. Hebatkan aku, hee. Surat confirm aku kerja jadi PPM ganti tu belum ada, jadi xlah aku pi kerja 26 Mac tu.

Memang bestlah kerja aku ni, cuma yang tak bestnya kalau masuk bab masak memasak ni. Haiyaaa, salah satu kerja aku adalah memasak untuk budak-budak praskola. Dah tugas PPM kan... First day, menu adalah soto. Berkerut dahi aku. Soto? Alala, aku tak pernah masak soto. Pernah makan ja. Teruknya aku!!! Gelabahlah aku time tu, nasib ada Kak Ros ( Guru Pra ). Dia yang banyak bagi tunjuk ajar tentang bab memasak ni. So, kira seminggu lebih jugalah Kak Ros jadi tok guru aku.

Sekarang ni, aku kiranya dah pro bab memasak. Boleh masuk Masterchef lah pasni, pastu aku lah peserta yang duluan dikeluarkan. Agagaga... Erm, dah masuk sebulan aku kerja... gaji dah masuk ka? Tak sabar aku. Hehehehe...

Dulu, aku tak pandai potong buah tembikai

Sekarang, bolehlah XD

Menu hari ni, buruknya aku potong bread ni~

Bebudak pra. Haaa, dorang selerakkan... pastu aku yang tolong kemas. Haiyaaak~

Budak paling jajal tapi baik :D

Haiyaaa, kabur! Reject~


Semua pic dekat atas tu bebudak pra yang sesuka hati pegi snap-snap. Aku layan ja... Aku kerja ni pun tak lama, 3 bulan ja. Oklah tu, lebih baik penat bekerja dari mati keboringan di rumah. Agagaga~
Sekian dari aku  :D





^_^





Thursday, April 26, 2012

Tanda-tanda 100 Hari Sebelum Kita Maut





* Tanda 100 hari

Sebelum datangnya hari di mana kita akan meninggalkan dunia yang fana, ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambaNya. Semua orang Islam akan mendapat tanda-tanda ini  sama ada mereka sedar atau tidak.
Tanda ini akan muncul lazimnya selepas waktu Asar. Time tu, seluruh tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki akan bergegar.

* Tanda 40 hari

Tanda ini pun akan muncul sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. InsyaAllah time tu malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan bingung seketika.

* Tanda 7 hari

Tanda ni hanya diberikan khas buat mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan tetiba berselera untuk makan.

* Tanda 3 hari

Time ni terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu antara dahi kanan dan kiri. Haaa, kalau tanda ni dapat dikesan maka berpuasalah kita. Kenapa? Supaya kita tidak mengandungi banyak najis dan ini juga akan memudahkan mereka yang akan memandikan jenazah kita nanti.
Time tu juga, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi. Pastu, bagi dorang yang sakit time tu hidung akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihat di bahagian sisinya. Telinga pula akan layu. Maksudnya, bahagian hujung telinga tu beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kaki yang terlunjur perlahan-lahan akan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan.

* Tanda 1 hari

Tanda ni juga akan berlaku lepas Asar. Time tu kita dapat rasa satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun. Tu tandanya kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar untuk keesokan harinya.

* Tanda akhir

Akan berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang pastu naik ke bahagian halkum. Time tu, kita hendaklah mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri sambil-sambil menunggu kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah.

Pesana penaja: Marilah kita berdoa dan bertaqwa kepada Allah swt semoga kita adalah di antara orang-orang bertuah yang dipilih Allah swt yang akan diberi kesedaran untuk peka akan tanda-tanda ajal menjemput kita. Semoga kita dapat membuat persiapan akhir. Ameen. 





^_^






Tuesday, April 24, 2012

Nasihat Buat Adikku




Dear Anum

Kalau kau mau merasakan kehidupan, maka lihat dan rasalah bagaimana kehidupan mengajarmu tentang kegetiran; kegetiran yang akan memberimu hikmah yang akan terasa manis. Engkau dilahirkan sebagai perempuan, namun jiwamu hendaklah seperti jiwa singa. Nda payah takut akan sesuatu yang masih belum jelas kerana kalau kau hanya diam membisu - nda buat sesuatu - maka kau nda akan tahu dan nda akan dapat apa-apa. Dan atas kudratmu wahai adikku yang ku sayang, tiada yang lebih berharga daripada dirimu selain cinta dan kehormatanmu ~

Pesanan daripada kakakmu yang comel, peace! Muehehehe...
Ayu sayang Anum :D







^_^






Sunday, April 22, 2012

Kerana Penipuan Sang Setan




Sesungguhnya sesuatu amalan yang dikerjakan hendaklah disertakan dengan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, sia-sialah apa yang dilakukan. Namun, dalam dunia hari ini sifat keikhlasan kepada Allah dan sesama makhluk sudah terhakis dalam diri umat Islam. 

Sebagai iktibar, Allah menguji seorang hamba yang sangat zuhud tentang keikhlasan beramal kepada Allah.

Si Abid dari Bani Israel adalah seorang yang sibuk dengan ibadah sehingga tidak ada kesempatan untuk urusan dunia.

"Wahai Abid, di sana ada satu kaum menyembah sebatang pokok," kata sekumpulan penduduk kampung.

Setelah mendengar berita itu, si Abid menjadi marah lalu beliau mengambil sebilah kapak bertujuan untuk menebang pokok itu. Dalam perjalanan, tiba-tiba muncul syaitan berupa seorang lelaki tua.

Syaitan: Wahai Abid, engkau hendak ke mana?

Abid: Aku hendak menebang pokok yang disembah orang itu.

Syaitan: Kenapa engkau bertindak kejam? Kamu sanggup tinggalkan ibadah kerana sesuatu yang sia-sia. Teruskanlah saja ibadahmu.

Abid: Ini juga merupakan ibadah.

Syaitan: Tidak, aku tidak membenarkan kamu menebang pokok itu. 

Akhirnya terjadilah pergaduhan di antara Abid dan syaitan. Si Abid berjaya menjatuhkan syaitan. Menyedari kekalahannya, syaitan mula memujuk si Abid.

Syaitan: Dengarlah kataku, Allah tidak mewajibkan kamu menebang pokok itu. Ia juga tidak mengganggu ibadahmu. Engkau juga tidak menyembahnya. Bukankah Allah telah mengutus nabi-nabiNya? Jika dikehendakiNya, sudah pasti Dia perintah nabi-nabi menebangnya.

Abid: Walau apa yang terjadi, aku tetap akan tebang pokok itu.

Jawapan Abid mencetuskan pergaduhan kedua. Pergaduhan kali ini juga dimenangi oleh Abid. Syaitan merasakan ia tidak dapat menewaskan si Abid. Lantas ia memujuk buat kali kedua.

Syaitan: Dengarlah, aku nak berkata buat kali terakhir. Aku rasa ia menguntungkanmu.

Abid: Silakan.

Syaitan: Wahai Abid, engkau seorang miskin. Kemiskinanmu menjadi beban kepada masyarakat. Aku berikan kepadamu tiga dinar ( wang emas ) pada setiap hari. Engkau boleh dapatkannya di bawah bantalmu setiap pagi. Kamu dapat tunaikan hak keluarga, boleh menolong fakir miskin. Orang-orang yang menyembah pokok itu pula sudah tentu mencari ikhtiar cara lain.

Pujukan syaitan kali ini berjaya menawan hati Abid. Beliau menerima tawaran syaitan itu. Malangnya janji syaitan hanya bertahan selama dua pagi sahaja. Pada hari ketiga, Abid naik berang apabila mendapati wang yang dijanjikan tidak ada. Beliau terus mencapai kapak untuk meneruskan semula hasratnya menebang pokok itu. Dalam perjalanan, si Abid menemui syaitan itu semula. 

Syaitan: Kau hendak ke mana?

Abid: Aku hendak pergi menebang pohon itu.

Syaitan: Sekarang engkau tidak berdaya lagi.

Akhirnya mereka bergelut. Kali ini syaitan berjaya menewaskan Abid. Abid hairan mengapa kali ini dia tewas dalam perkelahian itu. 

Abid: Bagaimanakah engkau berjaya mengalahkan aku sedangkan dulu aku kalahkan engkau?

Syaitan: Dulu engkau berjuang semata-mata kerana Allah. Sekarang aku berjaya pula kerana kau berjuang semata-mata kerana wang.
sekadar gambar hiasan


Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak hanya semata-mata melihat kepada tubuh kamu dan juga tidak kepada rupa bentuk kamu. Tetapi, Allah melihat ( menilai ) kepada hati-hati kamu ( keikhlasan )."

Renung-renungkan dan selamat beramal. Tepuk dada tanya iman  :D






^_^





Friday, April 20, 2012

Alhamdulillah , Saya Sangat Beruntung





... " Beruntungnya Saya Punya Rahim! Beruntungnya Saya Seorang Wanita ♥ " ...


♥ Dia bekerja dengan Allah swt... jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah swt anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

♥ Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah swt beri sebab dia bekerja dengan Allah swt... Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga nafas terakhirnya...

♥ Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah swt sentiasa mengampunkan dosanya... lahir saja bayi, seluruh dosanya habis... Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah swt. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid... Allah swt izinkan terus masuk Syurga... Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah swt beri kelonggaran seksa kubur.

♥ Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: | Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. |

♥ Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala x-tra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari... Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung ( macam itik ) terhadap suami dia tak akan dapat pahala x-tra ini.

♥ Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

| Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah swt agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA... |

Sumber: Aunty FB





^_^






Tips : Serai Dan Limau Hilangkan Kelemumur


sumber gambar: Uncle Google

Haaa, siapa antara korang yang tak suka salji lepak di rambut, boleh try tips ni. Manatau boleh nyah kan salji-salji tu. InsyaAllah. Mula-mula korang kisar 2 batang serai dan dua biji limau nipis sampai lumat. Kenal yang mana satu batang serai dan limau nipis? Kang jangan pulak tertukar limau nipis tu dengan limau kasturi. 

Pastu korang tapis air dan sapukan ke seluruh kepala. Ramas dan biarkan selama 15 minit. Bilas macam biasa. Haaa, korang amalkan seminggu sekali dan insyaAllah salji-salji tu akan hilang  Rajin-rajinkan diri anda untuk try tips ni :D




p/s : Uit , aku dapat doodle lagi dari blogger Azlan. Thanks satu karung Azlan susah-susah buatkan Cik Adieb doodle :D





^_^





Thursday, April 19, 2012

Butterfly




Why a butterfly so colourful? 
A butterfly so colourful because it is like a human. Like us too. We live in the world where it have an everything that we want to be. Sometimes, we are happy. Sometime we are sad. But, whatever happen to us, we still got the heart in here





^_^





Tuesday, April 17, 2012

Manis Macam Gula , Pahit Seperti Peria




Alooha rakyat Malaysia! Hoola hoola rakyat Egypt! Haa, semalam bukan main lagi sang langit menangis. Entah apasal semalam sang langit rajin pulak menumpahkan air matanya ke bumi. Maybe sebab sang bumi curang dengan sang langit kot. Tu pasal dia nangis berabisss. Yang aku peliksss... sang guruh, sang kilat dengan sang petir pun sibuk juga huhahuha semalam. So, aku buat kesimpulan yang sang langit sedang berkasih-kasihan dengan sang bumi. Sang guruh, sang kilat  dengan sang petir ( GKP ) pulak konon-konon bestfriend sang langit. 

Bila sang bumi curang dengan sang langit, maka sang langit pun kecewa... patah hati kononnya. Tapi, langit ada hati ka? Jadi, geng GKP tue plak tak sampai hati tengok kawan dorang nangis, dorang pun huhahuha konon mau tunjukkan yang dorang ikut sedih dengan keadaan sang langit. Kononnya mau support kawan lah tu.

Topik utama di sini, aku tak puas hati. Sebab, kerana air mata sang langit maka air di empangan dekat rumah melimpah. Berpusing-pusing otak aku semalam berfikir, camna aku maw pegi kerja esok dalam keadaan serba banjir. So, aku plan maw ponteng sehari lah ni. Biasalah, kaki escape time skola. Susah nak kikis tabiat aku yang satu ni. Puas dah aku kikis guna kertas pasir, tapi still melekat setia dengan jiwa aku. Hampehhh tulll...




Tak nampak dah simen. Habis comot dengan lumpur. Nasib tadi pagi air dah surut. Macam aku tak digalakkan ponteng kerja, muehehehe... Tapi, yang paling aku tak puas hati... tak tahulah siapa antara GKP tu yang ngamuk sangat sampai makan wayar laptop. Habis rosak, pakej dengan bau hangus. Sabar ja aku tu. Tapi, aku bersyukur juga lah sebab sang langit menangis sebab air mata dia a.k.a hujan kan satu rahmat. 


Time hujan semalam, korang ada baca doa tak? Bukan doa makan, bukan doa masuk tandas tapi DOA HUJAN... hujan pun ada doa tau. Nie aku ada selitkan doa hujan. Time hujan turun nanti, korang jangan lupa baca tau!!! AMARAN KERAS ni :D




sumber: uncle google yang baik 

Pahitnya time hujan turun sebab tak boleh tengok tv, tapi manisnya time hujan turun kerana membawa rahmat :P Haaa, kira panjang sikit entry aku kali ni. Bacalah korang puas-puas :)


p/s : Rupanya followers aku yang ke-594 tu blogger BEN ASHAARI ... cayalah :D






^_^






Sunday, April 15, 2012

Pujilah Diri Sendiri Sebelum Memuji Orang Lain





Prinsip aku, " Pujilah Diri Sendiri Dahulu Sebelum Memuji Orang Lain ".

Entry kali ni aku just maw tayang gambar-gambar aku yang sangat kontrol comel. Sebelum tu, kalau mau muntah hijau atau merah... dipersilakan... muahahaha


Motif gamba : sorok muka yang kontrol comel tapi cute

Aku lebih suka bergambar ramai-ramai dari sorang-sorang sebab... sebab akan terserlah kecomelan aku, hehehe. Perasan maw mamposss tapi betollah


Aku sebenarnya jealous dengan spect mamat di sebelah aku tu. Aku pakai spect ni pun just maw cover mata sepet aku yang comel tue :D



Yang ni, orang sebelah aku lagi comel 






Yang ni memang aku kontrol. Alala, kantoi x pakai lencana skola. Dasar wazirah x bertauliah~



Tekalah yang mana satu aku? 

Ok , bubye :D




^_^







Bukan Kata Aku




Kita hidup di dunia ni sekadar menumpang saja. Buatlah yang terbaik untuk Pencipta kita. Yang terbaik tu kengkadang mungkin berat bagi kita, tapi Allah suka. Jadi kita kena ingat, kita hanya manusia biasa. Kita ni x sempurna.

Jadi orang perempuan ni, x susah sebenarnya nak masuk syurga tapi x susah jugak untuk masuk neraka. Kalau kita nak masuk syurga, kita taat pada Allah, taat pada suami kita. Kalau nak kenal suami yang baik, dialah yang ambik berat tentang diri kita, dia juga yang sibuk jaga kita. Kalau suami tu jahat, kita tetap akan tahu juga. Bila kita dibagi Allah suami yang baik, kita kena bersyukur. Jangan kita mula minta apa yang dia x mampu nak bagi atau lakukan.

Perempuan yang baik, bukan perempuan yang x pandai stop minta itu dan ini. Perempuan yang baik ialah bila dia sentiasa bersyukur dengan pemberian suami, sekalipun kecil saja pemberian suaminya. Sebagai manusia, kita patut bersyukur. Kalau nak merungut, semuanya boleh dijadikan sebab. X kahwin pun salah, berkahwin dengan lelaki bujang pun boleh jadi salah, apatah lagi berkahwin dengan suami orang! Mak aiii... Semuanya boleh menjadi kesalahan. Tapi kalau kita bersyukur, yang susah akan menjadi senang, yang berat akan menjadi ringan, insyaAllah!

Jangan suka merungut. Allah x suka orang yang x bersyukur. Merungut tu sama ja macam x bersyukur... Tepuk dada tanya imannn 



p/s : Aku sendiri x taw apa motif aku update entry cenggini. Hehehe, sekadar renungan bersama bah ni kiranya... Peace :D





^_^





Friday, April 13, 2012

Adat Hidup Di Dunia Serba Moden



Hoola hoola suma. 
......

......

......

......

......

......


Hehehe, saja ja. Korang pernah terfikir tak... 

1 ) Bila kita jahat, mesti ada yang benci kan kan kan... tapi, bila kita baik mesti ada yang meluat kan kan kan. Bila sudah meluat, macam-macam lah yang keluar dari hati ke mulut. Trip baik lah, pok baik lah, bla bla bla and bla...

2 ) Bila kita ikut suruhan agama, adalah orang yang sibuk-siuok kata kita berlagak alimlah, waraklah... tapi, bila kita ingkar suruhan agama nanti dikeji orang pulak.

3 ) Bila kita ikut peraturan, dicakap pulak skema... tapi, bila kita langgar peraturan? Yang ni aku no komenlah, hehehe

4 ) Bila kita pakai sopan, dicakap kampungan, ketinggalan zaman... tapi, bila pakai seksi pulak macam xda harga diri. Owh, please beb... Semua tahu kan batas aurat kita samada dengan lelaki mahupun pompuan...

5 ) Bila bagi nasihat, dikata pulak bajet bagus, jaga tepi kain orang... tapi, bila kita kasar, tegur secara menyindir... terus kepoh mulut tu cakap kita kuajo. Elek la beb, kau pakai kain or seluar aku tetap x akan jaga sebelah tepi taw!

Haaa, nie lah adat dunia moden. Fikiran pun terlebih moden. Bak kata pepatah: "SEKOLAH TINGGI-TINGGI, BODOH BERTINGKAT-TINGKAT" ( bukan pepatah aku ). Agak-agaklah beb... Entry ni xda niat mau sindir-sindir korang yang terasa. Baca dengan nafas yang teratur...



^_^






Empat Macam Kematiaan






Imam al-Fudhail berkata: "Barang siapa yang tidak membulatkan tekad untuk menempuh jalan menuju akhirat, maka dia akan menghadapi empat macam kematian:

1) Mengalami mati putih, yakni kelaparan
2) Menghadapi mati merah, iaitu melawan syaitan
3) Mengalami mati hitam, yakni dicela, diejek dan dihina orang
4) Menghadapi mati hijau, iaitu terkena musibah secara berturut-turut

Nauzubillah...









Thursday, April 12, 2012

Tips : Ubah Cara Belanja Untuk Lebih Jimat



1 ) Beli dalam kuantiti yang banyak
Korang sangat sangat sangat digalakkan membeli barang yang dipakai setiap hari dan tahan lama dalam kuantiti yang banyak tapi ikut kadar penggunaan korang sekeluarga lah.

Contoh macam korang masak setiap hari, so digalakkan beli bawang, sayur, minyak dan semua barang keperluan dalam kuantiti yang banyak. Bukan dalam kuantiti yang amat banyak. Beza tau! Barang yang kita guna setiap hari akan cepat habis, so bila beli sikit-sikit nanti terpaksa balik-balik pergi kedai. Kan masa korang, tenaga dan duit untuk beli minyak petrol banyak terbuang ( lainlah kalau korang masak setahun sekali )

2 ) Abaikan makanan ringan
Haaa, jangan sesekali masukkan segala makanan ringan + kurang berkhasiat + tidak berzat + minuman ringan dan yang berkaitan dalam troli korang. Korban lah sikit. ( tapi kengkadang ada jugak benda tu menyibuk dalam troli )

3 ) Belajar bercucuk tanam 
Kalau di rumah korang ada sedikit kawasan yang sesuai untuk bercucuk tanam, bolehlah tanam sayur-sayuran, serai, buah-buahan dan tanam apa saja yang korang mahu tanam tapi jangan pulak sesekali tanam manusia. Jangan risau, cungkil je biji mata depa yang cakap korang kekampungan sebab korang bercucuk tanam. Jealous sebenarnya tu!

4 ) Membeli di kedai terdekat
Haaa, apa kata kalau korang shopping di kedai runcit dekat tempat tinggal korang. Tapi, kalau barang-barang yang korang mahu tu xda jual di sana, baru pergi supermarket. Tu lah sebab nya korang kena bijak buat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu.

5 ) Berhenti merokok
Kepada mereka yang merokok, berhentilah! Sebab rokok ni boleh menjejaskan kesihatan dan membazirkan duit korang.

6 ) Bekalkan anak makanan
Para ibu bapa didiklah anak dengan bagi bekal makanan dan minuman ke sekolah. Korang yang bekerjaya pun boleh buat gitu. 

7 )  Lihat tarikh luput
Korang tajamkan mata dan periksa betul-betul keadaan sesuatu barangan. Pastikan ia dalam keadaan baik dan lagi ok kalau tarikh luput tu masih lama. ( Haa, siapa ada baca novel Tarikh Luput Cinta? )

8 ) Jadi pengguna bijak 
Korang rajin-rajinlah buat perbandingan harga antara satu kedai dengan kedai yang lain. 

9 ) Ikut senarai
Beli yang perlu saja macam yang korang tulis dalam senarai, pastu tanda barang yang sudah dibeli. Jangan mudah terpedaya dengan promosi. Tu semua taktik je supaya korang beli. Nanti jadi Tipah Tertipu!


Pesanan penaja: Jadilah pengguna yang bijak!





^_^




Zikir-zikir Cinta



Jika kau yakin cinta akan sentiasa memberikan kebahagiaan kepadamu, maka yakinlah bahawa lara itu hanya sebatas duri; hikmah yang akan menjadi sesuatu yang manis dalam risalah hidupmu. Meskipun kelam, kadang-kadang menjadi duri dalam igauan kesunyian jiwamu, terus tabahkan jiwa dan raga untuk menyangganya sungguhpun seluruh raga remuk-redam, terkoyak kerana kamu tidak kuasa menghadapi kenyataan, kerana cinta ialah cahaya yang terselit di antara gelap dan terang kehidupanmu; makan carilah cinta sucimu yang agung dan tersenyumlah! Walau apapun tafsiranmu tentang cinta, ia tetap ada dan bersemayam dalam hatimu





^_^






 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb