Friday, March 30, 2012

Yang Baik Itu Tidak Semestinya Baik !



Alooha readers !!! Maw baca satu kisah yang best ???


Alkisah ada sorang petani ni , dia miskin and ada sorang saja anak lelaki dan sekor jak kuda betina . Faham-faham jak lah , law miskin mestilah hidup ala kadar jak kan . Satu hari , kuda betina milik petani tu hilang . Suma orang kampung tu nda taw camna kuda betina tu boleh hilang . Hanya Allah saja yang tau . 

Jado , orang-orang kampung yang simpati tu pergilah rumah petani tu . Sudahlah ada sekor jak kuda betina , yang sekor tu lah hilang . 

" Kesian ! " kata orang kampung .

Tapi , yang si petani tu nda sedih .Pastu dia cakap " Yang tak baik itu tidak semestinya tak baik ! Yang baik itu tak semestinya baik ! " Selamba badak jak tu petani cakap camtu .

Nda lama pastu , kuda betina si petani yang hilang dulu tiba-tiba balik semula pi rumah si petani tu . Dalam keadaan bunting lagi tu . Apalagi , orang kampung pun pergilah rumah si petani konon-konon maw tengok si kuda betina bunting tu .

" Tak sangka kuda betina tu bunting ! Untungnya dia ! " kata orang kampung .

Cam biasa , si petani tu cakap " Yang baik itu tidak semestinya baik , yang tak baik itu tak semestinya tidak baik ! "

Nda lama pastu , si kuda betina pun beranak . Tahniah sama mama kuda tu sebab dapat anak jantan . Jadi , anak petani yang sudah remaja tu selalu lah bermain dengan anak kuda jantan tu .

Orang cakap , malang tidak berbau . Satu hari , tanpa diduga si anak petani tu kena tendang oleh si anak kuda jantan yang tiba-tiba melenting . Sawan kot ! Ish ish ish , nauzubillah . So , kompom lah si anak petani tu cedera . Sudahlah cedera , patah tangan lagi tu ! Jadi , orang kampung pun pergilah rumah si petani tu . Kesian ! Anak sudahlah sorang jak , yang sorang tu lah patah tangan !

Si petani juz cakap " Tak semestinya yang tak baik itu , tidak baik ! Yang baik itu tidak semestinya baik ! "

Nda lama kemudian , kerajaan keluarkan perintah suma anak lelaki dalam kampung tu diwajibkan untuk join kerahan tenaga untuk persiapan ke medan perang .

So , hanya si anak petani saja yang nda join perang tu sebab masih cedera dan patah tangan . Sudah suratan takdir , suma anak lelaki yang pergi berperang tu inna lillah . Yang tinggal di kampung juz anak-anak gadis yang belom kawen . Anak dara lah katakan . 

So , mang tabiat orang kampung pergi rumah si petani untuk ucap tahniah sebab hanya si anak petani saja yang selamat dari perang . Mang lah selamat sebab nda join berperang . Untung lah si anak petani sebab suma anak gadis di kampung tu berebut-rebut maw kawen dengan dia . Alahai , tak mau kawen ngan si petani ke ?

Si petani pun berkata " Dari dulu lagi aku dah cakap ... yang baik itu tidak semestinya baik dan yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik . Setiap kebaikan dan keburukan yang diuji oleh Allah itu ada hikmah di sebaliknya ! "

Kawan-kawan suma , kalau kita dapat sesuatu kebaikan jangan pulak kita terlalu gembira , tapi bersyukurlah ! Begitu juga jika ditimpa sesuatu musibah atau keburukan , jangan kecewa atau putus asa . Korang suma percayalah , ada hikmahnya disebalik qada dan qadar Allah itu . ( pesanan penaja ikhlas dari hati ke blog , ngee )






^_^







Thanks for reading this entry :D

Thursday, March 29, 2012

Suami Yang Ku Benci , Grrr !!!


Yup , aku ngaku aku benci ama suami aku . Satu-satunya suami aku . Tiada dua . Biarlah korang nak kutuk aku ke , hina aku ke sebab aku benci dengan suami aku sendiri . Kejamkah aku kerana benci dengan suami sendiri ?? Bagi aku ... mang tak kejam pun . 

Korang tak tahu hati aku , betapa seksanya aku kerana hidup serumah sebumbung dengan seorang lelaki yang telah pun sah jadi suami aku . Heiii , aku kawen dengan dia pun sebab tunang ... ops , bekas tunang aku ditangkap khalwat dengan pompuan lah , takkan dengan lelaki pulak . Yang aku tak puas hati , pompuan tu masih di bawah umor gi . Tua sangattt ka aku ni sampai dia rembat pompuan bawah umor ? 

Gara-gara dia , aku terpaksa kawen ngan ... Sepa nama suami aku ni ? Haa , Uwais ! Ya , Uwais . Aku perhatikan suami aku ni handsome gak , baik pulak tu , sabar sangat dengan perangai aku yang teruk . Teruk ? Mana ada teruk ! Tapi , aku tetap benci dia .. Sangat-sangat benci !!! Sebabbb ?

Sebab dia hanya kerja sebagai ' PENJUAL BURGER ' !!! Huh , mana sesuai ngan aku . Aku pulak CEO . Eiii , cam pipit dengan merak lah ! Tak padan langsung . Tapi , makin lama hidup dengan dia timbul pulak satu perasaan . Hmm , mulut kata benci hati pulak tiba-tiba kata sayang .. Hei hei hei , jangan mengarut wahai hati !! Kehkehkeh , benci bilang cinta .


Law korang maw taw dengan lebih lanjut , boleh klik sini






^_^





Thanks for reading this entry :D

Monday, March 26, 2012

Salah Siapa Anak Derhaka Kepada Ibu Bapa ?


Alooha suma :D
Kita telah dengar dan baca bermacam-macam cerita sal anak-anak zaman sekarang . Ada yang telah dididik dengan didikan agama tapi setelah besar dan belajar tinggi-tinggi sampai masuk U sanggup tipu mak , ayah . Apa cerita ni ???

Solat , baca al-Quran dilupakan terusss . Si ibu sudah mendidik dengan sempurna , diajar mengaji al-Quran sampai khatam . Pastu , si anak jugak disuruh solat tapi yang sedihnya , si anak sanggup lupakan segala suruhan ibu bapa dan melanggar perintah Allah . Astagfirullah ...

Korang rasa adakah ini suma salah ibu bapa yang tidak tahu mendidik anak ataupun salah anak yang tidak makan ajar ??? Maw disalahkan ibu bapa 100% cam tidak adil kan kan kan . Dua-dua pown salah !

Kepada ibu bapa : Tegurlah dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut . Bila usia anak sudah masuk 10 tahun , pukullah jika si anak buat salah , tapi jangan sesekali lupa bagitau apa kesalahan yang dilakukannya . Memukul tu jangan pulak sampai cedera atau patah-mematah segala tulang-tulang . 

Tapi sekarang ni , kebanyakan parents bila anak dorang wat salah terus kena sebat , dipukul , ditibai tanpaa bagitau apa kesalahan si anak . Lam-kelamaan tidak mustahil si anak simpan dendam dan hebohlah sana-sini sal kes anak menderhaka kepada ibu bapanya . Sebab tu kita ada dengar sal anak pukul mak bapak dia . Nauzubillah ...


Kepada anak-anak : Walau sejahat mana parents kita , sentiasalah hormat mereka dan jangan menderhaka kepada ibu bapa . Dosa menderhaka kepada parents akan dibalas di dunia lagi taw !

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa "


Sumber : Aku tiru dari majalah no . 1 Malaysia ... Korang tekalah sendiri . Muehehehe ...




P/s : Sekolah tinggi-tinggi , bodoh bertingkat-tingkat . Awww , kejamnya !!!





^_^






Thanks for reading this entry :D

Segmen: Bloglist April-Mei Bersama Jebat


Alooha , ni kali aku join segmen Jebat . Pes tym taw join segmen dia . Law korang maw join , boleh klik sini






^_^






Thanks for reading this entry :D

SEGMEN CIK MUN : DIA PILIHAN KU . . . CIKGU !



Alooha suma :D
Hari ni mood aku baik punyaaa !!! So , aku join segmen Cik Mun . Kalau Sharfynarz nda (tidak ) tag aku , mang aku nda taw gak sal segmen ni . Thanks ya beb coz tag aku , ngee ( sambil wat muka cute maw mamposss ) . So , kalau korang maw join , bolehlah klik sini :D

Cikgu pilihan aku ialah cikgu Surianah . Sebab , dia sorang yang lemah-lembut , pastu ayu gi tak macam aku . Cikgu Surianah ni a.k.a cikgu Su ni mula ngajar aku tym form 4 gi . Subjek Ekonomi Asas . Pastu , bila aku sambung form 6 , tak sangka yang dia akan ajar aku gak . Tapi , bukan subjek Ekonomi gi tapi subjek Pengajian Perniagaan . Aku suka cara dia ngajar , kalau kami nda ( tidak ) faham , dia akan terangkan balik-balik sampai kami faham . 

Pastu , cikgu Surianah ni gak baik . Tidak karit ( kedekut ) taw , aku jak yang karit maw mampos (alahai , mampos saja .. nauzubillah ) . Nda karit dari segi ilmu dan wang ringgit . Tym kitorang paper PP tu , cikgu yang belanja makanan rehat bebodark PP . Mang aku suka tol lah ama ni cikgu (suka sekadar suka taw ) . Cantik gi tu . Kengkadang , law kitorang borink tym kelas cikgu Su akan wat lawak . Tanya sal apa-apa jak lah cam isu artis ka ( maklumlah , hidup di hostel . Nda berapa taw sal dunia luar ) . Muka cikgu Su ni da iras-iras Dato' Siti ( bagi aku larr ) . 
sumber : FB

Gambar di atas tu lah gambar cikgu Surianah , cantekkk kan kan kan ? Gambar tu aku curi ... erk , tak baik curi taw !!! Aku ambik di FB cikgu Su . 




Mangsa tag yang bertuah :
http://nanieybarnieylurviey.blogspot.com

http://faralalalala.blogspot.com

http://mieraalife.blogspot.com


^_^






Thanks for reading this entry :D

Suami Aku Ustaz ?


Mak dengan ayah maw pi Mekah tapi sebelom dorang pi Mekah , dorang maw kawenkan aku ngan Abang Hafiz a.k.a abang sepupu aku . Ops , lupa pulak . Abang Hafiz ngajar di skola aku . Ngajar kelas aku lagi tue ! Maw taw subjek pa yg dia ajar ? Subjek yang paling aku lemah , Pendidikan Islam ! Maknanya dia sorang ustaz . Ya , ustaz yang popular . 


Aku baru form 5 , SPM pun lom lepas gi . Tapi , parents aku suwu aku kawen ngan Abang Hafiz . Merepek meraban sungguh ! Nie suma sebab parents aku tak caya ama diri aku , sebab aku ni tak pandai lekat di uma . Sedangkan tym ada parents aku di uma pown aku boleh balik lewat malam , ni apalagi law dorang teda di uma . Jauh di mata dekat di hati ! Dan ... yang paling aku tak boleh terima , dorang maw kawenkan aku ngan Abang Hafiz sebulan sebelom dorang pergi Mekah ! Aku kerut dahi . Suma alasan aku mang tak boleh pakai , parents aku tetap maw kawenkan aku . tak boleh wat apa-apa uda . Grrr !

Haa , ' aku ' yang di atas tu bukan Cik Adieb taw . Law korang maw taw kisah selanjutnya , boleh klik di sini  
 







^_^






Thanks for reading this entry :D

Sunday, March 25, 2012

Cinta Seorang Wanita dan Kapten Kapal


Seorang wanita muda sedang menikmati perjalanannya dalam sebuah kapal persiaran mewah . Dia sangat mengagumi segala kemewahan dan kecanggihan kapal itu . Baru pertama kali dia melihat kapal seumpama itu dalam hidupnya . Untuk mengenang perjalanannya si wanita muda tadi menulis apa saja yang berlaku sepanjang pelayaran dalam sebuah buku catatan harian ( diari lah konon ) ...

12 April - Aku bangga kerana menaiki kapal semewah ini . Akan kuceritakan kepada semua temanku . Sayangnya aku belum mengenali kapten kapal ini . Mungkin dia sangat tampan dan gagah seperti kapal ini . Kalau betul akan semakin menariklah ceritaku dan mereka tentu akan cemburu ...

13 April - Hari yang bertuah ... Aku baru saja berkenalan dengan kapten kapal dan ternyata dugaanku benar . Hmm ! Dia sangat gagah dan tampan sekali ... aaah beruntungnya aku .

14 April - Ahhh , malam tadi , tanpa kuduga kapten kapal mengajakku makan malam dan ... alamak dia juga sempat memuji kecantikanku ... ah , renungan matanya yang dalam , aku tersipu-sipu malu ...

15 April - Sekali lagi kapten mengajakku makan malam . Kapten ternyata nakal juga ... dia mula berani menyentuh tanganku ... dan mengajakku ' bercinta ' . Dari sinar matanya dia sungguh mengharap . Tapi , aku tidak berani beri kata putus ... sebab perkenalan ini baru bermula ... Tapi kapten mendesak untuk menunggu jawapanku malam esok .

16 April - Dia menagih janjinya semalam ... dengan jual mahal kutolak cinta dia mentah-mentah . ( Ah ... dia ingat aku ni apa ... perempuan murahan ke ? ) Tapi , aku tak sangka , tiba-tiba dia mengancam akan menenggelamkan kapal berserta 1 200 orang penumpangnya kalau cintanya ditolak . Argggh !

17 April - Pagi yang cerah ... matahari bersinar garang . Kini aku merasa bangga kerana aku berjaya menyelamatkan nyawa 1 200 penumpang . Apakan daya , aku tak berdaya menolak cinta seorang kapten kapal ... kalau tidak aku mungkin jadi arwah !



Muehehehehe ! Kalau korang berada dalam situasa wanita muda tu , apa tindakan yang korang ambikkk ? Terima cinta kapten kapal atau selamatkan nyawa 1 200 penumpang ?




^_^






Thanks for reading this entry :D

Friday, March 23, 2012

Kalau Cinta



Alooha suma :D
Hope kowang suma sehat & ceria di pagi jumaat yg indah lagi mulia ini
Entry kali ni bukan sal lagu ' Kalau Cinta ' ok
Alah , lagu duet Aliff Aziz & Joanna tu
Tajuk jak sama
Entry hari ni penuh ngan ayat-ayat cinta
Aku terfikir gak , sejak bila aku jadi minah jiwang ni ?
Apapun , layannnz


Kalau cinta itu teruja
Jantung yang berdegup kian kuat ritmanya

Kalau cinta itu amarah
Maka jangan kau adili aku pada saat itu

Kalau cinta itu pesona
Mampukah kau setia hingga ke akhir waktu ?

Kalau cinta itu lagu
Maka nota muziknya tertulis cantik dan merdu 

Kalau cinta itu keliru
Maka sesatlah aku mencari kasihmu

Kalau cinta itu harapan
Janganlah hilang sebelum nyata

Kalau cinta itu hadiah
Mengapa kau mengambil semula setelah memberi ?

Kalau cinta itu usaha
Pasti markahku cemerlang dan boleh dibanggakan !

Kalau cinta itu pilihan
Antara a , b , c dan d , mengapa kau memilih e ?

Kalau cinta itu malapetaka
Gempa bumi ini bilakah akan berhenti ?

sumber :  Novel ' Cinta Perisa Dia '  by Lynn Dayana
sumber : En Google





^_^





Thanks for reading this entry :D

Thursday, March 22, 2012

Bukan Ku Pinta



♥ Saya tak minta yg SOLEH,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt 
♥ Saya tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar 
USTAZAH
♥ Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada 
♥ Nak minta yg KACAK, saya tak lA CANTIK , sekadar hamba sesempurna kejadian 
yang ALLAH ciptakan
♥ Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA
♥ Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya
♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari
jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid dibina
♥ Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi
lautan dunia.
 


Bukan ku pinta ...
Perghhh , tajuk entry kali ni :D



Yeah , saya suka mengingatkan anda suma supaya tolong klik :D

http://my.churpchurp.com/nour-adieb/share/MaxisiPhone4s/

http://my.churpchurp.com/nour-adieb/share/openrice/ 



^_^





Thanks for reading this entry :D

Wednesday, March 21, 2012

Telur Ayam Dianggap Burger


Alooha suma :D
Akibat terlalu lapar & mengidam burger , sorang anak dara menganggap 
telur ayam yang direbus itu adalah burger .
Da gak manusia cam ni kan ? Mesti lah ada sebab aku lah anak dara tu .
Malas punya pasal , aku just masak telur rebus . 
Then , makan ama nasi + kicap . MasyaAllah , pemalas nya aku

Ntah angin pa yang melanda otak aku tym tu , tiba-tiba ngidam pulak burger
So , aku bayangkan jak nasi + kicap + telur rebus tu burger
Naik selera makan aku terusss :D

Malas aku maw tepon bapak aku di pejabat minta kirim burger
Aku tepon jam 1 petang , aku dapat makan burger tu jam 5 lebih
Terbantut selera aku taw , bek tak payah kirim ama bapak aku
Gipun , tym tu bapak aku ngah kerja , malas aar maw kacau
Ni telor ayam
Nie pulak burger , nyum nyum




Korang berselera ka makan nasi + kicap + telor rebus ?




Korang baik kan ? Boleh tolong klik ? Pleaseee ( sambil wat muka comel maw mampos )








^_^





Thanks for reading this entry :D

Segmen Blog Baru - Follow Kami Motivasikan Kami


Aku tergoda ama segmen ni , so aku menjoinkan blog aku
Korang bila lagi ? Sepa2 yg maw join , boleh klik sini

Nama blogger anda : Cik Adieb
Usia anda : 19 tahun 8 bulan
Usia blog anda : 1 tahun 3 bulan
Berblog  dari mana : Dari hati ke hati
 Isi kandungan utama blog anda : Lebih kepada sal diri saya & kawan2






^_^





Thanks for reading this entry :D

Alkisah Aku Dengan Tren [ 2 ]


Alooha :D
Korang uda baca entry pes aku sal tren ? Law belom baca boleh klik sini :D
Kisah kedua aku ngan tren ni lagi tragis . Aku pown tak pernah terfikir maw ...
Maw apa ?Maw kejar tren . Satu perkara yang sowt pernah aku wat .
Tym tu Kira ama Piepy datang maw ambik sijil di pejabat skola terus lawat aku ama kawan2 di hostel . 

Pejabat buka jam 8 pagi kan . Tren pagi ke Beaufort jam 8 lebih . 
Lepas ' tragedi ' tren meletops tu , mana ada gi tren petang pi Beaufort .
So , hari selasa tu mang kelam kabut la . Banyak maw kena urus .
Aku tengok fon , maw dekat jam 9 dah . Tapi kitorang masih dalam kawasan skola .
So , aku ama Piepy duluan pegi stesen maw beli tiket . 
Baru dekat dewan skola (tym tu budak SPM da paper ) , uda aku dengar bunyi tren

Sampai di pagar skola , uda nampak bayang tu tren baru sampai di stesen . 
So , aku pecut lah tinggalkan Piepy di belakang . Aku tak kira , yg penting dowang dapat balik nek tren .
Syok2 aku lari , tren tu pulak uda jalan . Nasib tu paci tren nampak aku lari2 . 
Cam taw2 jak paci tu yg aku kejar tren . Fuhh , lega aku .

Alhamdulillah , dorang pown dapat nek tren . Nasib Kira ama Atie ( kawan di hostel ) tu atlet , boleh lari laju sikit .
Terfikir aku , law dowang tinggal tren terpaksa nek bas .
Sudah lah susah maw cari bas ke Beaufort . Tambang gi mahal . 
Nasib gak paci tren ama penumpang2 tu tak marah . 
Da sowang maci tu bising bila tren berhenti tunggu kami , pot pet pot pet membebel .
Ceh , aku ingat dia salah sorang penumpang maw pi Beaufort .
Rupanya , mang turun di Kimanis . Kin panas aku jak tym tu .

Thanks lahh paci2 tren sudi tunggu Piepy ama kira :D
Heran gak tu paci , dia ingat aku yg maw nek tren sebab aku yg berabis kejar tren tu .
Yang kejar 4 orang , tapi yang nek cuma 2 orang


Kalau korang lah , apa korang akan wat ? Kejar tren tu atau carikan bas ?




Lepas baca entry ni , boleh tolong klik takkk ? Please ( sambil wat mata kelip2 )
Buat amal hari ni :D

http://my.churpchurp.com/nour-adieb/share/EraJoHaRa

http://my.churpchurp.com/nour-adieb/share/openrice/ 

http://my.churpchurp.com/nour-adieb/share/MaxisiPhone4s/ 

Tak banyak , 3 je :D







^_^





Thanks for reading this entry :D

Tuesday, March 20, 2012

JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT !




Alooha :D
Klik sini law maw join :D

Bila aku dapat taw yg Abg Ben Ashaari wat segmen gi , cepat2 aku join

Ceritakan serba ringkas mengenai blog anda :
Blog saya mula wujud tym tahun 2011 & mempunyai background berwarna biru :D
Saya akan update apa saja asalkan tidak menyakitkan hati para pembaca


Kenapa anda berblog :
Secara jujurnya , saya berblog kerana saya boleh luahkan apa2 saja di blog . Blog juga pengganti diari dan dengan blog kawan saya bertambah :D



Saya dah join , kowang bila lagi ?





^_^






Thanks for reading this entry :D

Alkisah Aku Dengan Tren [ 1 ]


Hoola hoola suma :D
Entry kali ni aku maw cerita sal kisah aku ngan tren . Kisah ni bukan sal aku jumpa mamat encom ka , artis tomei ka di tren tu tapi , ...
Hari tu , nda taw angin pa yg merasuk di otak tiba2 maw outing pi Putatan . So , aku ajak lah si Aniq jalan . Dia pun on jak . Kitorang nek tren dari hostel . Alah , tren yg hangus meletop tu . Bila sampai di stesen Putatan , kitorang tanya la ama paci tren " Paci , tren pi Kimanis pasni jam brp aar ? " Terus tu paci jawab dengan muka gatoi " Macam besa lah , sebelom jam 2 " " Nda paci , tren yang paling last pi Kimanis jam brp ? " Terus tu paci senyum2 " Sebelom jam 2 dik " Dalam fikiran aku .. aii ni paci , maw men2 gi . " Paci , yg petang punya tren bha .. bukan da jam 5 lebih ka ? " " Hari ni hari sabtu , jadi tren petang sampai Papar jak " "Ok , maseh paci " Terus aku ama Aniq chow dari stesen tu . Paci ni kan , men2 gi .
Punya men siok jalan di Putatan tu sampai nda sedar uda jam 5 . So , kitorang pun cepat2 pi stesen tuk balik . Mesti heran tu paci gate di skola napa aku ama Aniq lom sampai2 gi di hostel . Sampai di stesen , kitorang pun beli tiket pi Kimanis . Sekali paci tiket tu cakap " Dik , manada tren pegi Kimanis da . Sampai Papar jak " Tercengang aku beberapa saat . " Aik , bukan ada ka paci " Masih nda percaya . " Manada dik . Sampai Papar jak lah " Owh , ok lah . Papar pun Papar lah . Bukannya jauh dari Kimanis . Dari Putatan tu , kitorang nek tren lama .Alah , yg warna kuning tu . Ceh , maw tuli telinga aku nek tu tren . Paham2 jak lah lau tren lama kan . Bingit telinga . Tren sampai di Papar jam 6 lebih . Kawan2 di hostel pown mula calling2 tanya sal kitorang napa nda sampai2 gi di hostel . Terus aku ama Aniq cari van yg selalu angkut manusia pi Kimanis . Ceh , law uda jam 6 lebih gitu manada gi van . Maw nangis jak nda tym tu . Teda uda van , kira maw nek teksi . Sekali itu uncle teksi pulak cam maw ambik kesempatan . Dia minta bayaran teksi sorang RM30 . Ceh , dari Papar pi Kimanis bukannya sampai setengah jam pown . Betol2 cekik darah . 

Terus aku call kawan2 di hostel yg kitowang masih di Papar , nda taw mau ikut sepa balik pi hostel . Nasib kredit fon banyak , habis suma kawan putra yg da lesen kena call minta tolong ambik kami di Papar . Tapi , dowang suma sebokkk . Si Aniq maw nangis da tym tu . Nasib ada kakak cleaner tolong tumpangkan kami sampai Kimanis . Thanks kakak :D Sampai di hostel , kawan2 pown tanya . Siap kena bagi nasihat gi . Terharu aku bila kawan2 ambik berat , prihatin ama aku &Aniq ,sobsobsob ( sambil lap air mata yg tak kuar2 )

Haa , tu lah tak percaya gi ama paci tren . Camna maw percaya , tu paci tren cam men2 jak bila kami tanya . Pastu , aku hafal da waktu2 tren tu sampai sekarang :D




^_^




Thanks for reading this entry :D

Monday, March 19, 2012

Ku Pilih Hatimu


Cinta yg disemai setelah berkahwin adalah lebih indah dari cinta sebelum berkahwin .
Kahwinilah lelaki yg menyayangi kita daripada lelaki yg kita sayang kerana lelaki yg menyayangi kita akan lebih bertanggungjawab melindungi  kita :D






^_^





Thanks for reading this entry :D

Kontest : Dia Dihatiku, Dia Idamanku


Kontest by Amir Nawawi

Pasangan hidup yang saya inginkan :

Boleh menjadi imam saya ketika solat :)

Menerima saya seadanya

Penyabar

Tidak kisah lah law tidak romantik

Mengutamakan keluarga


Mereka yang ditag ialah :
Annys
Saya Di Sini
Fieda
Lin
Cik Lynn
Eyja Masliza
Sharfynarz Sharfnie
Haruno Hana
Amalina Yaakub
Miss Banu
Princess Rayha





^_^





Thanks for reading this entry :D

Saya Nak Doodle Korea


Klik sini beb kalau mau doodle korea :D

Warna : Biru 

Nama : Nour Adieb



Mereka yang bertuah ialah :
Mr E'raz Fadli

Lala Mhd Nor



^_^




Thanks for reading this entry :D

Dunia Cupcake Ku





 Hijau gilerrr warna cupcake nie
Nasib owang yang makan tia gilerrr
Agagagaga
 Wow , pink mix potehhh
Santekkk~
 Kaler warna-warni
Tengok pown mata sudah blink-blink*
 So kiut & miut
 Kaler biwuuu sangat tomei !!!
 Tengokkk saja bowlehhh kenyanggg
 Pilih-pilih
 Khas tokkk Mr.Snobbish
Ehh ehh , tokkk Mr Lobak-Lobak
 Yang nie pown khas tokkk Mr. Lobak-Lobak
Kalerrr ijo
 Yang nie cam tia sampai hati mau makan
 So sweeettt~

Aipsss , tia bolehhh mintaxxx mintaxxx
Sekian dari Cik Adieb yang tomei
Agagagaga*



^_^




Thanks for reading this entry :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...