
LELAKI : Awak , boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak . Bagi saya , awak perfect !
PEREMPUAN : Ok , boleh je takde masalah . Couple ke ?
LELAKI : Err... kalo dah mintak jadi awek , maknanya couple la tu kan ?
PEREMPUAN : Ok . Bila nak kahwin ?
LELAKI : Err... boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan , pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu . Dalam 3 tahun , insyaAllah .
PEREMPUAN : Ok , kita putus sekarang gak .
( Mak oiii , dasyat tolll )
LELAKI : Eh , kenapa ???
( Korng nak tau kenapa ??? )
PEREMPUAN : Kerana tiga sebab
( Korang baca erk sampai abis , hehehe )
Satu , awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah . Tiada jaminan awak takkan jumpa saya , sentuh saya dan hal2 berkaitan . Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan . Nanti ada yang terluka . Saya taknak hati saya terluka . Saya pun taknak hati awak terluka .
Dua , kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan ? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin , agamanya , ekonominya wlpn tak kaya , dan dari banyak sudut . Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama .
Tiga , lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya . Sabar . Tahajjud byk2 . Istikharah rajin2 . Taubat selalu2 . Muhasabah sentiasa2 . Ubah slow2 . Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan , masa dan waktu . Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin . Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan . Hati wanita ni macam gelas kaca , mudah pecah . Bila dah terluka , susah nak rawat balik . Jangan ada niat nak kahwin je , tapi tindakan ke arah itu tidak ada . Boring . Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian . Tak sesuai yang ni , amik yg lain lah ...
LELAKI : Em ... tp sy tetap nak awak . Dh bertahun2 tunggu awk .
( Wah , setia gak arr si LELAKI nie )
PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon ... Bila dah bersedia , cuba cari saya balik . Tapi ni bukan janji atau beri harapan . Jika sy masih blm berpunya , datang mintak dengan ayah mak terus . Bincang dengan dorang . Salam .
LELAKI : Wslm








































