Monday, May 14, 2012

43 Kelebihan Wanita Solehah [ 2 ]



23 ) WANITA YANG BERSALIN akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji
24 ) APABILA SESEORANG perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya 
25 ) SEKIRANYA WANITA MATI dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
26 ) WANITA YANG MEMBERI minum susu kepada anaknya dari badannya ( susu badan ) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya
27 ) JIKA WANITA MENYUSUI anaknya sampai cukup tempoh ( 2 1/2 tahun ), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
28 ) JIKA WANITA MEMBERI SUSU BADANNYA kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
29 ) WANITA YANG HABISKAN MALAMNYA dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
30 ) WANITA YANG TIDAK CUKUP TIDUR pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
31 ) APABILA SEORANG WANITA mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan dan mengampuni 2 000 kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya
32 ) SEORANG WANITA YANG SOLEHAH lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu  neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab
33 ) MANA-MANA WANITAYANG MENUNGGU SUAMINYA hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suami atau memegang tangannya, memperelok hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Alla , maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari kiamat kelak, Allah kurniakan nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi
34 ) TIDAKKAN PUTUS GANJARAN DARI ALLAH kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya
35 ) WANITA YANG MELIHAT SUAMINYA dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat
36 ) JIKA WANITA MELAYAN SUAMI tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat
37 ) WANITA YANG MELAYAN DENGAN BAIK suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad 
38 ) JIKA WANITA MEMIJAK SUAMI tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tuala emas dan jika wanita memijak suami bila disuruh akan mendapat pahala tuala perak
39 ) DARI HADRAT MUAZ RA: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari dibakar api neraka
40 ) THABIT AL BANANI BERKATA: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat  ( kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya )
41 ) PADA SATU KETIKA DI MADINAH, Rasulullah saw keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak". Sabda baginda, "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki"
42 ) WANITA YANG MEMERAH SUSU binatang dengan lafaz "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
43 ) WANITA YANG MENGGULI TEPUNG GANDUM dengan "Bismillah", Allah akan berkatlah rezekinya 
Alangkah beruntungnya dilahirkan menjadi seorang wanita. Tidak semua wanita lahir terus-terusan menjadi seorang wanita yang solehah. Wanita solehah juga bukan manusia sempurna, kengkadang boleh melakukan kesalahan. Akibat nafsu, wanita solehah boleh bertukar watak manakala wanita yang hanyut dengan hiburan duniawi boleh berubah menjadi wanita solehah sekiranya dididik dan dibawa ke jalan yang lurus.
^_^

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. nice entry :)

    ReplyDelete
  2. Walaupun dalam sibuk2 buat kerja .. blog nie tetap saya lawati...
    sbb artikel dia memang menarik... nak cadang kepada pengunjung..
    bookmark...

    Also visit my webpage - Rahsia Isteri Hebat

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb